free
hit counter

Pamerkan Cinta Pada Si Dia

Ini adalah tentang bicara soal cinta. Aku, engkau dan semua orang memang tahu bahawa hubungan percintaan itu merupakan sesuatu yang indah dan unik. Namum, kata-kata manis seperti “Aku cinta pada mu”tidak cukup untuk mempamerkan cinta kamu pada si dia.

Adakan hubungan anda dengan kekasih baik sangat dalam percintaan? Bagaimana pula kalau engkau pamerkan perasaan cinta kamu, tapi pasangan kamu makin menjauhkan diri dengan kamu? Adakah kamu akan dapat ketenangan?

Jawapan memang tidaklah betul? Jadi, untuk mempamerkan cinta, perlu kita ikut cara yang betul dan bukan melakukan dengan sesuka hati saja tanpa mempertimbangkan akibat yang buruk mungkin berlaku.

pamerkan cinta

Betulkah Cinta Mesti Dipamerkan?

Memang tidak semestinya perlu dibuat demikian. Cinta bukan hanya untuk dipamerkan atau dibuktikan kepada orang lain. Tapi ianya adalah tentang tanggungjawap untuk kedua-dua pihak untuk menjalinkan perhubungan yang rapat di antara satu sama lain buat selama-lamanya.

Pasangan yang bercinta perlu tahu bagaimana untuk menentukan masa depan mereka dan hidup dalam kehidupan yang bahagia selalu. Jika silap langkah mungkin perhubungan boleh jadi buruk dan kekasih akan pisah dengan  kesedihan sahaja.

Bagi sesetengah orang, mereka akan rasa ia s sepatutnya bergantung kepada individu. Kalau mereka  rasa nak pamerkan cinta mereka, silalah pamerkan. Tiada masalah langsung. Ia tak semestinya bagi kedu-dua pihak faham kenapa mereka perlu membuat demikian. Apa yang penting adalah kedua-dua pihak ada perasaan dan saling memahami.

Bukan Salah Untuk Pamerkan Percintaan Anda

Mempamerkan cinta anda bersama dengan kekasih anda bukan sesuatu perkara yang salah. Tapi perlu anda ingat jangan berlaku dengan berlebihan. Sebab cinta itu juga boleh menyakitkan jika kelakuan anda sudah berketerlaluan.

Hari ini aku bukan ingin mengajar kamu ayat-ayat manis, bercerita tentang si dia jauh sekali dalam fikiranku tetapi sekadar ingin memberi 5 sebab mengapa kita perlu pamerkan perasaan cinta pada si dia.

1. Hubungan Jadi Lebih Mesra

Si dia tidak akan mesra dengan kamu kecuali kamu pamerkan cinta kamu. Tidak ada sebab si dia ingin bermesra kerana si dia tidak tahu sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Jadi, pamerkan cinta kamu untuk hubungan yang lebih mesra.

2. Dapat Ketenangan

Bila hubungan itu mesra, kita akan mendapat ketenangan jiwa dan emosi. Pengaduhan akan jarang laku antara satu sama lain. Jika tiada ketenangan jiwa dan emosi, mesti keadaan antara satu pasangan akan macam perang dunia ke-2 yang bergaduh tanpa berhenti-henti. Bikin hati sakit, kepala sakit dan sebagainya.

3. Menonjolkan Kesetiaan, Kejujuran dan Kepercayaan

Sejauh mana kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan kamu terhadap si dia dapat ditonjolkan dengan mempamerkan cinta pada si dia. Sekiranya kamu tidak dipercayai, si dia tidak jujur-jangan salahkannya. Mungkin kamu yang tidak pandai menjaga, menambat hati dia dengan mempamerkan cinta kamu.

4. Pamer Cinta di Media Sosial

Anda boleh pakai media sosial seperti Facebook, Instagram atau Tik Tok untuk mengemukakan hubungan anda bersama kekasih anda. Dengan ini, semua kawan-kawan, rakan sekerja, saudara mara, ahli keluarga, malah orang yang tidak ketahui anda juga akan tahu perhubungan anda bersama kekasih.

Idea ini dapat menyampaikan isyarat kepada semua orang bahawa anda sekarang rasa amat bahagia. Menjaga hubungan boleh menjadi sesuatu perkara yang sukar dan jika anda pentingkan kekasih anda, anda harus lakukan sesuatu untuk bagi dia rasa bahawa anda betul-betul cinta dan utamakannya.

Tapi anda perlu tanya diri anda dari masa ke masa sama ada anda post dengan terlalu banyak atau berapa kerap anda post ke dalam media sosial supaya tidak berketerlaluan yang mungkin membuat orang merasa terganggu.

5. Pamerkan Kesakitan Juga

Dalam satu perhubungan, bukan tiap-tiap hari akan berada dalam kehidupan yang madu dan mesra. Memang kadang-kadang akan ada kesedihan dan kesakitan yang berlaku dan kita akan rasa amat sakit hati.

Kita boleh nampak kesakitan yang kita hadapi bila kita berada di dalam dunia cinta itu. Walaupun itu juga yang sering berlaku. Tapi bila kita ada pengaduhan atau kemarahan yang disebabkan oleh kekasih kita, boleh juga kita pamerkan atau beritahu orang yang rapat dengan kita. Dengan ini, dapat kita meluahkan perasaan yang negatif keluar dan emosi kita akan kembali ke tahap yang tenang sekali lagi.

Sebenarnya dengan kesakitan itu, ia akan mengajar kita sesuatu di mana kalau kita tidak diberitahu oleh kekasih kita, mungkin kita tidak akan sedar dan tahu betapa alpanya kita terhadap cinta dan perasaan itu. Ia boleh jadi sehingga kita melupakan segala tanggungjawap dan kewajipan yang sepatutnya kita perlu lakukan.

Aku mengucapkan syabas kepada anda jika anda sering mempamerkan cinta pada si anda. Aku akan mendoakan semoga bahagia denga apa sekalipun pilihan anda. Semoga anda dapat kebahagiaan yang penuh dengan cinta sayang buat seumur usia anda.

Leave a Comment