free
hit counter

Pelajar Yang Bersekolah Masih Belum Tiba Masa Bercinta

Tajuk entry ini terhasil setelah saya menjelajah satu halaman blog Sayangku Faish (terima kasih) yang membawa saya kepada blog People Is Loser. Di situ saya cuba mengenali sebahagian pengikut-pengikut blog People Is Loser di mana saya temui blogger yang masih di bawah umur dan bersekolah bercerita mengenai perasaan cinta dan kasih sayang.

cinta monyet
cinta monyet

Pelajar-pelajar ini sedang melalui frasa dalam kehidupan mereka iaitu ‘pengertian hidup remaja’ yakin rasa cinta antara lelaki dan perempuan di kalangan kawan sekelas, kawan sesekolah atau kawan sekolah lain dan orang luar.

Apa itu ‘Cinta Monyet?’

Kalau di ikutkan cinta itu lebih dikenali sebagai ‘cinta monyet’ di kalangan kita. Selain daripada itu masalah sosial yang makin kerap berlaku juga memberi saya ilham mencipta entry ini.

Memang secara semulajadi kita sebagai manusia suka dikasihi, disayangi, dicintai, diambil berat, dan dipuji. Walaubagaimana pun pelajar kita mudah terperangkap dalam keadaan begitu. ‘Cinta Monyet’ adalah perasaan cinta yang sekejap sahaja kerana di tipu oleh perasaan keremajaan dan bisikan syaitan. Masa inilah rasa dunia milik berdua dan indah sahaja.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah perasaan cinta begitu adalah permainan perasaan remaja sahaja. Cuba lihat berapa ramai pelajar yang dilamun perasaan cinta monyet ini berakhir di alam perkahwinan selepas keluar/tamat dari sekolah nanti.

Biarlah saya ceritakan di sini mengapa cinta monyet itu tidak bermakna apa-apa pun. Ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri, pelajar lelaki (kawan) kenal siapa diri saya sebenarnya manakala pelajar perempuan (kawan) tidak mengenali siapa diri saya sebenarnya. Harap faham dengan ungkapan itu lebih-lebih lagi kepada pembaca yang masih remaja, bersekolah dan belajar.

Adakah kamu akan maju dalam pelajaran?

Tak ada maknanya pun, mesti kamu banyak habiskan masa berfikir dan berkhayal tentang pasangan kamu ajer bukan? Kadang- kadang kamu semua berfikir nak berkahwin dengan segera aje, cuma nikahnya belum. Sebilangan remaja lelaki dan perempuan ada yang bersifat macam itu.

Jadi, tak payah lah nak kata lelaki sahaja yang teruk tapi sebenarnya keadaan adalah 50:50 juga. Bergaduh sebab merebut pakwe dan makwe pun ada di sekolah sebab sebelum itu kamu asyik fikir pasangan kamu akan terpaut atau curang kepada orang lain.

Sekarang trend bergayut dan main phone seperti whatsapp berjam-jam di telefon bimbit dah jadi satu perkara yang biasa di golongan remaja. Ini merupakan sesuatu salahguna kemudahan yang sedia ada. Pada ibu bapa harap dapat pantau aktiviti anak- anak anda. Sesungguhnya ia tidak menjanjikan apa- apa kecuali buang masa sahaja.

Maksudnya, usia remaja sepatutnya digunakan untuk belajar dan bukannya bercinta. Macam mana kamu semua mahu sara hidup diri dan pasangan kamu sekiranya kamu tidak memperolehi keputusan cemerlang dan seterusnya tidak mendapat pekerjaan?

Sudah-sudah lah buang masa, jangan buang masa terlalu banyak seperti saya pada masa sekolah dulu. Nasib baik saya masih lagi mampu kembali ke pangkal jalan dengan sedar cepat apa yang saya buat tidak akan bawa sebarangan manfaat kepada kehidupan untuk masa depan saya.

Oh ya saya sedikit nasihat tolong hormati guru kamu jika kamu ingin cemerlang dalam pelajaran. Jika kamu mahu hindari ini semua dan menjadi pelajar cemerlang, kamu hanya perlu ada jati diri yang kuat. Tiada siapa mampu mengubah diri kamu kecuali diri kamu sendiri (bukan awek,pakwe,kawan,ibu bapa,guru dan sebagainya).

khalwat
khalwat

Berdua- duaan? Ya. kamu semua boleh lihat keadaan sekeliling kamu semua, di mana-mana sahaja lelaki perempuan bukan muhrim berdua-duaan. Mungkin remaja sekarang sudah hilang perasaan malu.

Pantang ada peluang mesti nak berjumpa selalu, tak kira tempat pun. Rindulah kononnya. Apa yang dirindukannya entahlah (korang pikirlah sendiri). Kalau kat sekolah ingat saya tak tahu ke tempat dating kamu? Perpustaakaan, kelas, taman, tandas, stor dan kantin pun kamu jadikan tempat berjumpa. Kalau dah bercinta, pasangan kamu kentut pun buat tak tahu je, silap- silap boleh kata bau wangi.

Trend Merempit

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru sudah menjadi trend pakwe merempit bersama awek. Meronggeng di sana sini macam suami isteri tanpa rasa malu pada masyarakat sekeliling. Dah le tu pulak nampak ‘underwear’ baik punya G- String tu…kalau punggung anda cantik tak mengapa. Nah korang tengok video youtube ni dulu.

Mana korang semua angkut pergi itu awek semua? Ladang? Kebun? Taman? Tak malu ker jika kamu jadi berita pada hari ini? Contoh berita melibatkan masalah pelajar.

Apa yang korang buat kat sana? Dah pandai buat pandailah tanggung, ini tak buang di sana sini pulak. Nasihat saya pada remaja perempuan, janganlah kamu mempercayai sangat dengan kaum lelaki zaman sekarang. Sebilangan lelaki tidak jujur dan mempunyai niat lain (seks dan wang) jika bercinta dengan anda yang masih berada di bawah umur.

Tentang Bertudung

Oh ya, pada perempuan yang bertudung pula janganlah berpakaian sebegini pula, tak manis dan tak sopan langsung. Kalau tidak anda semua sama sahaja macam yang lain, moral tak tinggi mana jugak pun. Kalau tidak anda hanya menghiburkan ‘boy friend’ yang kamu amat-amat cintai itu kononnya.

Sekain dari boy friends kamu, ada juga orang lain yang memandang, kalau tidak takkanlah gambar kamu berada di dalam web untuk dijamukan kepada mata yang lain. Kesian bukan? Seluruh malaysia dan dunia mungkin sudah mengenali kamu siapa.
Sila lihat contoh yang tidak sopan ini.

tudung seksi
tudung seksi

Kesalahan yang biasa dilakukan bagi muslimah berpakaian. Saya sendiri selalu menasihatkan isteri saya agar berpakaian sopan ketika waktu keluar rumah. Secara tidak langsung dapat mengelak dari fitnah.

Mana korang dapat duit semasa bercinta monyet ni? Oh course lah dari ibu bapa kamu. Tak malu ker belanja awek/pakwe dengan duit parents? Geli hati melihat perbuatan seperti ini.

Oklah untuk kali terakhir entry post hari ini, nasihat saya pada para remaja semua, janganlah kamu duduk berdua- duaan tidak kiralah kamu berpakaian sopan atau pun tidak kerana hukumnya haram sebab ianya adalah mukadimah kepada zina.

Jika kamu tidak mahu menyesal di kemudian hari. Cuba lah dengar nasihat sedikit. Saya bukan apa sedih melihat generasi remaja sekarang sudah terlalu ramai yang terlibat dengan cinta monyet dan masalah sosial yang lain.

Tinggalkanlah semua itu, jangan tangisi orang yang telah menghancurkan harapan dan hati kamu, kerana Allah masih ada bersama kamu. Sebesar mana pun dosa kamu, Allah tetap akan mengampunkan kamu. Jagalah diri daripada terjebak dengan cinta monyet. Insyallah.

Sekian, terima kasih.

p/s: Keliru pula saya, entry ni mengenai cinta monyet, rempit atau menutup aurat? Apa pun untuk di kongsi dengan pembaca semua.

Baca juga:

Leave a Comment