free
hit counter

Besarkan Payudara Tetapi Ditinggalkan Kekasih

Takziah saya ucapkan kepada seorang kerani yang mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan membesarkan payudara yang bernilai RM13,000.

Apa yang jadi lebih menyedihkan lagi adalah kekasih yang sebelum ini menjadi penyebab kenapa kerani itu membuat keputusan untuk pergi membesarkan payudara telah pun meninggalkan kerani itu ekoran payudaranya yang bertukar menjadi kehitam-hitaman.

Hal ini diketahui umum apabila kerani ini membuat aduan dengan MCA. Secara peribadi, saya berpendapat yang tindakan membesarkan payudara atas sebab kekasih yang rasa malu dengan payudaranya kecil adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima.

pembedahan payudara

Sebagai pasangan kekasih yang baik dan cinta padanya, sepatutnya dia perlu menerima pasangan itu seadanya. Nampak sangat cinta yang ada pada kekasih untuk kerani itu cuma nak yang sempurna sahaja.

Sedih juga bila saya nampak berita seperti ini. Diketahui bahawa kerani ini membuat keputusan untuk membesarkan payudara di sebuah pusat kecantikan yang tidak mempunyai doktor bertauliah.

Jadi akibatnya dia sudah habiskan RM13,000 untuk membuat pembedahan untuk membesarkan payudaranya tapi lepas tu menanggung dengan lebih banyak masalah lagi.

Fikiran Yang Sudah Salah

Pada pendapat yang ada pada saya, memang kerani ini tidak perlulah pergi buat pembedahan plastik ini. Biar di Hollywood yang mempunyai semua kemudahan yang banyak canggih pun masih ada kes yang dapat kesan buruk tentang pembedahan plastik, dan inikan pula Malaysia yang teknologi pembedahan pun bukan advance sangat.

Wanita perlu rasa bersyukur dengan apa yang mereka anda sebenarnya. Cantik di dalam adalah lebih penting dalam satu perhubungan cinta.

Pengajaran kepada wanita yang lain ialah janganlah bersusah payah sampai macam tu semata-mata nak buat lelaki sayang tetapi selalunya apa yang berlaku akan menjadi sebaliknya. Kalau lelaki itu benar-benar sayangkan anda, dia akan terima seadanya pada anda itu.

Cinta kerana rupa paras tidak akan kekal.

Kejadian ini mesti menjadikan trauma untuk seumur hidup bagi perempuan tu. Ikut kata balak jadi macam itulah.

Kalau nak besarkan payudara tak menjadi masalah sebenarnya,tapi biarlah menggunakan cara yang lambat dan selamat.

Kesan Sampingan Yang Mungkin Berlaku Walaupun Pembedahan Berjaya

Saya pernah baca artikel yang katakan lepas membuat pembedahan untuk membesarkan payudara, walaupun pembedahan berjaya tapi juga bukan begitu baik yang apa dijangkakan oleh kebanyakan wanita.

Antara masalah yang mungkin timbul yang biasanya termasuk kehilangan sensitiviti puting atau puting terlalu sensitif sampai boleh rasa sakit.

Sesetengah wanita rasa tidak berpuas hati dengan kosmetik implan yang dibuat atas payudara mereka. Ini adalah kerana payudara mereka kelihatan tidak normal atau asimetris di mana kedua-dua payudara menjadi tidak mempunyai kebesaran yang sama. Satu belah lebih besar dan satu belah jadi lebih kecil.

Ada juga antara mereka yang buat pembedahan dan lepas tu dapat mendengar bunyi dari implan yang terisi salin di dalam payurdara mereka. Masalah seperti semua ini memang boleh mengganggu keakraban seksual.

Tisu parut yang membentuk di sekitar implan atau kulit di sekeliling payudara boleh menjadi keras atau ketat di sekitar implan. Masalah biasa ini dinamakan contractular capsular.

Walaupun tisu parut berada di dalam badan wanita, tetapi ia boleh menyebabkan payudara menjadi sangat keras dan terhempas, dan ia membawa kepada ketidakselesaan yang mungkin boleh menjadi amat serius dan sangat menyakitkan.

Tidak Dapat Tahan Lama

Pembedahan untuk membesarkan payudara seperti breast implant tidak dijamin akan tahan untuk seumur hidup. Purata jangka hayat lepas pembedahan berjaya dibuat ialah ia boleh tahan untuk 10 tahun saja.

Pemecahan implant adalah satu kemungkinan yang besar di mana banyak berlaku pada wanita yang ada menjalankan pembedahan untuk membesarkan payudara mereka.

Payudara anda akan terus menjadi tua seperti badan anda apabila umur anda semakin naik, dan faktor-faktor seperti berat badan atau penurunan berat badan juga mungkin mengubah bentuk kelihatan payudara anda. Isu-isu yang berlaku ini mungkin perlu anda untuk pergi menjalani dengan lebih banyak pembedahan lagi.

Kes Yang Berlaku Perlu Semua Wanita Ingati

Walaupun kejadian ini menimpa pada wanita yang bukan Islam, tapi tidak mustahil sebenarnya perkara seperti ini juga boleh terjadi kepada wanita Islam, bahkan mungkin lebih teruk.

Apa yang perlu wanita tahu adalah mereka perlulah sayang dengan badan mereka sendiri. Jangan buat apa-apa yang ada kemungkinan untuk merosakkan mana-mana bahagian badan kita dan ini memang bukan satu perbuatan yang patut untuk kita lakukan.

Jadi kepada kaum wanita, kalau nak tunjukkan rasa sayang pun biarlah kena caranya.

Mari kita sama-sama berdoakan bahawa kerani ini dapat selesaikan masalah payudaranya yang menjadi hitam dan bernanah tu. Dan berharap juga kisah ini boleh menjadi satu pengajaran untuk semua orang.

Baca juga: Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Produk

Leave a Comment