free
hit counter

Nasihat Kepada Pelajar Yang Bakal Ambil SPM

Apa khabar anda semua sekalian? Ehh. Kenalah saya bagi salam buat terlebih dahulu. Lupa pulak. Ye lah. Sudah seminggu blog ni tidak berpenghuni, jadi bila mood nak menulis tengah mencanak ni, terlebih excited pulak.

Sebelum mulakan, saya ucapkan assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada mereka yang bukan beragama islam.

Jam kat bucu kanan screen laptop HP kakak aku ni tunjuk pukul 3.27 AM. Apa kejadah kau pagi-pagi buta nak nasihat orang ni? Hehe. Aku bukan apa. Saje-saje nak tulis-tulis, nak exercise jari jemari yang dah lama goyang kaki depan TV.

Kalau anda tak sudi baca pun tak apa. Tiada unsur paksaan pun. Jika nak baca boleh terus baca saja. Nak blah, tekan red-crossed button kat atas hujung tu. Tapi, bagi mereka yang nak ambil SPM tu, baik baca je lah alang-alang dah tersesat kat sini.

SPM result

Pelajar Yang Mengambil SPM Mesti Rasa Tertekan

Bagi kebanyakan pelajar, mesti mereka rasa gementar dari sebulan sebelum mengambil peperiksaan. Ada rasa macam ini memang biasalah. Tapi, aku nasihatkan anda semua bahawa sebelum ambil SPM, anda mesti focus study betul-betul terutama kalau dah masuk bulan terakhir nak exam.

Jangan anda ingat satu bulan tu masih lama lagi. Ia mungkin sangat lama bagi mereka yang malas baca buku tetapi tidak bagi orang yang selalu buka buku. Tapi, kalau fikir logik, 1 bulan. Pergh! Lama lagi. Cerita Korea running man pun sempat lagi layan kot.

Ambil Berat Tentang Peperiksaan

Kalau UPSR tu tak apa lah kot. Tapi SPM mana boleh buat macam tu. Tambah-tambah bagi mereka yang ambil lebih 9 subjek. Kena hafal kimia lagi, kena buat latihan maths (math dan add math) lagi, nak baiki grammar yang lintang pukang lagi, nak baca cerita klasik melayu lagi.

Ape eh, tajuk dia. JIBOR? Dah lupa. Maklumlah 2 tahun dah tinggal SPM. Sangatlah banyak subjek yang boleh baca dan buat ulangkaji. Ada bab yang telah banyak kali baca tapi masih lupa. Dalam keadaan ini memang jadikan seseorang lebih lagi tension.

Jadi, sebelum exam adalah baik banyakkan buat soalan percubaan negeri di Malaysia ni. Mesti ada punya konsep bertukar-tukar soalan. Dan jangan lupa, cedok jugak soalan percubaan dari mrsm tu.

Terutama add math. Yang tu sangat menguji palotak lah. Kalau korang dapat 50 add math percubaan MRSM, memang terer dah tu. Aku dulu failed kot add math percubaan MRSM. Aku rasa lah. Sebab soalah dia aku tak tahu diambil celah mana. dan sangat-sangat susah bagi aku.

Kalau nak dapat A dalam bahasa Ingeris, kawan aku nasihatkan korang hafal esei jenis cerita. Yang ni aku baru tahu keberkesanannya masa result SPM keluar. Walaweh. kawan aku BI dia A+ kot.

Aku pun tanya, esei BI ko, pemeriksa bagi gred ape?, Dia pun cakap A1 kot. Haha. Style. Aku dapat B4 je untuk esei. KAHKAH. Zaman tu, esei aku masih lagi macam once upon a time, in a …. 🙂

Untuk add math, tak ada jalan singkat atau jalan mudah. Nak tak nak. Kena buat latihan sampai pengsan. InsyaAllah akan dapat A+. Sebab soalan dia sama je. Suruh cari coordinate, bla bla.

Kalau cukup buat latihan, mungkin akan nampak pattern dia macam mana. Tapi, bagi aku, susah jugak la mula-mula tu. Kalau power add math, mathematics modern tu mesti dapat catch up punya.

Subjek lain tu pun, semuanya kena banyak buat latihan. PAI contohnya. Kalau korang rajin buat soalan percubaan, rasa macam sakit hati je nak tulis jawapan sama sebab soalan dari negeri lain pun macam tu jugak. Contoh jawapan, “Kurang didikan agama dari kecil”, “Kita mestilah bla bla..” Kalau nak ayat vogue sikit.. “Kita seyogianya bla bla”.

Seyogianya tu sama je maksud dengan sewajarnya, seharusnya. Budak bahas expert la benda-benda macam ni. Aku bukan pembahas. Aku pendengar je orang bahas dan mengiakan je. hehe.

Tu je lah kot. Last but not least, all the best. Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kalau rasa tension, ambil earphone pasang lagu shila yang bertajuk ke akhir garisan tu kuat-kuat. Kehkeh. Alhamdulillah. Gambar kat atas tu, result aku untuk SPM 2010.

Aku sangat berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan aku pasti korang boleh buat better than that! Target straight A+. Kena target tinggi, kalau tak dapat tinggi. Mesti dapat yang rendah sikit. 8A+ ke, 7A+ ke. hehe.

Ni teori kawan aku yang satu lagi. In fact! Ramai sangat kawan aku yang berjaya score 5A+ ke atas. Dan mereka sangatlah awesome. Aku ciput je A+.

Baca juga:

Leave a Comment