free
hit counter

Misi Mencari Rumah Baru Sebab Kena Pindah

Hari ini saya nak bercerita sikit kisah tentang kena pindah rumah di tempat yang saya tinggal sekarang bermula awal bulan hari tu. Bulan lepas tiba-tiba tuan rumah hendak datang ke rumah. Dan rupanya dia cakap akan datang bersama dengan anaknya.

Disebabkan tuan rumah hendak datang ke rumah, maka saya pun sibuk untuk mengemaskan rumah supaya bilatuan rumah lihat boleh rasa senang hati skit. Yalah, tuan rumah nak jenguk rumah kan.

Lepas mereka samapi ke rumah, rupanya berita yang diberitahu bukan berita baik tapi berita buruk yang bukan saya ingin tahu. Mereka hendak naikkan sewa dari RM750 kepada RM1,200! Fuhhhh banyak tu., Naik harga dengan dekat Rm450.

Saya memang terkejut bila dengar dengan kenaikan sewa tu. Masa tu saya rasa pening kepala hendak pindah ke mana. Sebab rumah tu memang sudah seronok sangat bagi saya duduk. Lagipun rumah mak Mertua pun depan rumah kami saja.

Rupanya anak makcik hendak beli rumah ni. Tidak kira sama ada dia yang akan duduk atau dia akan sewakan pada orang lain. Tetapi bagi saya RM1,200 memang tinggi juga dan pening bagi saya sekejap masa tu.

Anak makcik tu ambil gambar seluruh rumah sebab dia hendak kasi valuer untuk nilaikan rumah tu. Tahan saja perasaan masa tu.. sob sob sob

Lepas makcik balik, saya terus wasap suami dan sambil sedih menangis. Saya wasap juga mak mertua dan mak cakap: “Dah rezeki takat tu saja duduk kat rumah tuh” Fuhhhh lagi laju la saya nangis.. hahah (kelakar pulak rasa). Suami balik cakap, mungkin ada hikmahnya, mungkin hendak kami rasa suasana baru.

Bermulalah aktiviti harian iaitu buat semakan di website mudah.my dan segala website property..

Rumah demi rumah saya telefon dan ada beberapa rumah yang kami datang untuk tengok. Antara kawasan yang sempat saya datang untuk lihat dalam rumah adalah di seksyen 4 tambahan. Rumah ni 2 tingkat setengah. Kawasan agak ok. dekat dengan roundbout Seksyen 4. Bila tengok, dengan sewa RM1300, rumah agak pendek, sebab dia bina ke atas, atas sekali ada sebuah bilik master bedroom.

Berunding dengan owner, owner tak boleh runding untuk rendah lagi daripada RM1,300. Jadi tak apalah, kami teruskan cari rumah lain.

Survey punya survey, rata rumah memang area Rm1,300 ke atas. Kalau dapat RM1,200 pun kira sangat murahlah. Yalah, rumah yang saya duduk sekarang ni teres setingkat pun dia nak letak sewa RM1,200, baik saya pindah rumah dua tingkat dengan sewa yang lebih kurang sama.

Rumah seterusnya kami pergi tengok rumah adalah terletak di Seksyen 3 tambahan, sebelum Bangi Perdana. Ini pun sewa RM1,200.

Saya rasa harga agak ok tapi rumah itu kecil juga. Dan berkira-kira yang anak saya bersekolah di Sekolah Rendah Sri Al Amin. Maka kami sedang menilai sama ada duduk di area Sungai Tangkas atau di luar kawasan tetapi dengan sewa lebih murah.

Kemudian terkini, semalam saya pergi tengok rumah di Alam Sari. Fuhhhh memang tip top punya kawasan tu. Sewa Rm1,300, memang murah gila kalau area kawasan tu.

Memang sepanjang saya survey ni Mudah.my, rate sewa di Alam Sari ni biasanya lebih RM1,600. Excited juga la hendak tengok rumah ni. Saya ada rasa macam orang kaya baru duduk di area situ. Kawasan dia ala-ala Country Height saja rasanya. Keadaan adalah sangat peace dan cantik.

alam

Bila masuk rumah saya tengok ruangnya sangat besar dan saya rasa sangat puas hati. Saya memang confirmkan pada agen untuk sewa rumah tu. Hanya kekangan kami untuk masuk bulan Februari. Sebab kami akan keluar di hujung Februari untuk pindah.

Pagi tadi, saya follow up balik agen Alam Sari ni. Rupanya dia dah berikan rumah tu pada orang lain yang terus confirm untuk pindah ke situ. Sekali lagi saya rasa sedih. Memang kawasan tu dah syok gila rasa tapi tak dapat jadi dapat duduk di situ pula.

Ok last sekali…… akhirnya rumah ini menjadi pilih yang akhir yang kami dapat. Pada pukul 6 petang tadi, kami tengok pula rumah di Taman Vista Emas. Betul-betul ia dekat dengan Al Amin. Rasa kalau hendak hantar anak pun dalam 5 minit saja.

Alhamdulillah, ownernya baik, dan sebelah rumah kami ada Taska. Memang Alhamdulillah juga dalam rumah tu rasa lebih besar dari rumah Alam Sari tadi… (huhu merajuk dengan Alam Sari) hihihi…

Serius memang besar dan dapur dia pun besar. Saya sangat puas hati dengan rumah tu. Ya Allah, Allah lebih tahu yang lebih baik untuk kami. Jangan menilai dari luaran, tapi yang lebih penting dalaman.

Insya allah Saya sudah jadi sewa rumah tu dan akan berpindah masuk. Doakan rezeki kami mencurah dalam bulan ni untuk nak bayar deposit rumah… hahahahha….

Baca juga:

Leave a Comment