free
hit counter

Usrah Adalah Sesuatu Yang Menghidupkan Jiwa Manusia

Semalam saya sempat memberi pengisian untuk belia wanita di kawasan Bangi. Belia ini bermaksud macam golongan yang lepas universiti. Tapi semalam tu ada juga kakak yang umurnya sudah 44 tahun, doktor Falsafah dari UPM.

usrah
usrah

Sebenarnya saya pun dah lama tak beri ucapan awam untuk golongan dakwah ni. Kebelakangan ini walaupun ada pula yang mengajar, tapi biasanya saya cuma bagi ucapan untuk anak-anak di Shaklee saja akhir-akhir ni. Sejak saya pindah ke kawasan Hulu Langat ni, kena menyesuai diri dulu dengan keadaan kawasan di sini.

Tajuk semalam yang saya mengucapkan sebenarnya adalah berkenaan dengan Sejarah Usrah. Tajuk ini merupakan antara satu tajuk yang sangat penting yang perlu difahami oleh setiap orang. Mereka perlu faham Sejarah Usrah dalam konsep yang sebenar dan bukan setakat hanya menggunakan istilah tersebut semata-mata dan sesuka hati sahaja.

Sekarang ini memang terdapat banyak orang yang suka menggunakan term ‘usrah’ itu. Di tempat IKIM ada usrah nurani, kalangan artis-artis wanita ada juga usrah fitrah. Kalau di masjid-masjid, ada kemungkinan besar untuk anda menemui ada program yang dipanggil usrah.

Tetapi sebenarnya usrah sebenar yang dibawa oleh Hassan Albanna bukanlah usrah-usrah yang seperti dijalankan di atas. Usrah konsep yang sebenarnya yang patut anda fahami adalah usrah itu merupakan satu sistem daripada sistem yang besar.

Sistem besar itu sistem apa?

Apabila khilafah Islam jatuh pada tahun 1924, ini bermakna semua orang Islam sudah tidak ada pemerintahan Islam. Khilafah ini bermula dari zaman pembukaan negara Islam Madinah. Kemudian Islam dapat tersebar di 2/3 di seluruh dunia.

Agama Islam pernah mengalami kegemilangan dan Islam pernah berada di puncak di mana terdapat memang ramai orang yang mengamalkan agama Islam. Tetapi akhirnya khilafah jatuh kerana kualiti umat Islam yang semakin teruk yang dikhutbah oleh khilafah ini.

Maka wujudlah Ikhwanul Muslimin, muncullah Hasan Al Banna. Hasan Al Banna mewujudkan semula kumpulan-kumpulan kecil, seperti mana wujudnya perkumpulan kecil di rumah Al Arqam abi Al Arqam semasa zaman Rasulullah.

Apa yang perlu kita semua orang faham ialah Islam perlu dikembalikan semula kegemilangannya ke atas puncak untuk satu kali lagi. Agama Islam perlu menjadi jalan hidup bagi semua manusia dan ini adalah satu perkara yang amat penting untuk kita semua orang. Tetapi bagaimana untuk melaksanakan tugas yang amat susah ini?

Untuk mempertimbangkan jalan yang boleh dilakukan, kita perlu kembali balik kepada cara yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik para sahabatnya pada masa itu. Cara yang digunakan oleh Rasulullah adalah cara halaqah-halaqah kecil. Itu juga merupakan cara yang dipakai oleh Hasan Albana lakukan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang ramai.

Konsep Yang Betul Perlu Difahami

Jadi konsep usrah yang betul itu kena difahami tanpa sebarang salah faham. Konsep yang asasnya iaitu melahirkan individu-individu Muslim yang akan mengembalikan kegemilangan agama Islam di dalam satu gerakan yang tersusun dan mempunyai manhaj yang jelas. Perjalanan pentarbiyah itu perlu disusun di dalam satu sistem yang baik dan dilaksanakan dengan bijak.

Terdapat beberapa kriteria yang kita perlu faham tentang usrah terlebih dahulu:

  • Jadi usrah itu bukan setakat entiti sampingan.
  • Usrah itu bukan sekadar perjumpaan mingguan.
  • Usrah itu bukan sekadar dicorong radio.
  • Usrah juga bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang.

Tetapi usrah adalah sistem kecil yang diekstrak daripada sistem yang besar. Sistem ini mempunyai satu matmalat yang sangat penting iaitu sistem untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Usrah juga seperti manusia yang biasa yang perlu hidup, makan dan tidur. Usrah perlu mendarah di dalam diri ahli usrah masing-masing supaya apa yang diucapkan akan dipatuhi dengan sepenuhnya.

Ahli usrah perlu mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Hubungan mereka mesti seperti mana rapatnya hubungan antara adik beradik di dalam sebuah keluarga.

Anak usrah kena sangat rapat dengan mak dan ayah usrahnya sendiri. Segala-segala yang ada perlu dikongsi bersama. Biarpun perasaan suka duka atau kehidupan yang pahit manis, mestilah dikongsi di antara ahli usrah.

Jadi, jangan anda leburkan kemanisan usrah itu dengan hanya setakat datang, duduk kemudian balik tanpa faham apa sebenarnya usrah.

Lepas tu, minggu depan datang sekali lagi, duduk, dengar dan balik dengan berulang-ulang aktiviti ini. Usrah bukan program oriented macam ni.

Adakah ini luahan hati kecil ini? Hanya allah yang tahu. Yang penting aku mahu dakwah itu hidup dan tarbiyah itu sangat hidup. Hidup itu bukan bagai satu patung yang wujud tapi tidak bernyawa dan tidak ada perasaan.

Ya Allah lindungi aku dan zaujku serta anak-anak ku dari fitnah dunia. Semoga kami menjadi salah satu batu-bata untuk melengkapkan pembinaan Islam menjadi ustaziyatul alam.

Baca juga: Grade Solat Anda Dan Berapakah Markah Anda?

Leave a Comment