free
hit counter

Melihat ke Fenomena Laut Merah di Sabah

Beberapa hari dulu, saya terbaca mengenai fenomena laut merah (red tides) yang berlaku di Sabah. Fenomena laut merah itu sudah menyebabkan saya rasa curious untuk tahu dengan lebih dalam mengenai hal ni.

Tetapi memandangkan esok ada kerja penting yang perlu saya lakukan, jadi tak boleh menghabiskan banyak masa untuk menelaah fenomena ni.

Menurut sumber yang dapat saya baca dari surat khabar, red tides ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kehadiran mikroorganism yang diberi nama phytoplankton dinoflagellate. Antara ciri-ciri organism ini adalah ;

1. Ia adalah sejenis plankton. Plankton merupakna sejenis organisma yang hidup di bahagian permukaan air laut, lautan atau takungan air tawar. Bagi pengetahuan anda, plankton tidak boleh bergerak melawan arus pergerakan air.

2. Dinoflagellate adalah unicellular. Apa yang dimaksudkan adalah ia terdiri daripada satu sel sahaja. Ia mempunyai sangat banyak bentuk yang berbeza dengan nama yang berbeza juga.

Dinoflagellate yang paling besar di dunia ini adalah noctilutica, iaitu mereka didapati dengan kebesaran sebesar 2 mm dalam diameter. Untuk organisma uncellular, 2 mm tu kira besar lah tu.

3. Dinoflaggelate menggunakan photosynthetic sebagai sumber makanan (sama seperti tumbuhan), dalam masa yang sama, ada beberapa jenis dinoflagellate yang menghasilkan cahaya sendiri yang dipanggil sebagai bioluminescence.

Bioluminescence itu merupakan benda yang sama yang menyebabkan kelip-kelip bercahaya. Tapi, walaupun dinoflagellate ini menggunakan proses photosynthetic yang menghasilkan oksigen dan karbohidrat, ia tetap boleh menjadikan aras oksigen di dalam air menurun.

Ini kerana proses pereputan dinoflagellate yang dah mati akan memerlukan oksigen. Apatah dengan jumlah alga yang banyak.

Pantai MaldivesSumber foto: Pantai Maldive

4. Terdapat dinoflagellate yang menghasilkan makanan daripada photosynthetic, ada juga yang menjadikan plankton lain sebagai makanan atau makan organisma lain dengan menyengat mangsa.

5. Dinoflagellate membiak melalui proses asexual. Iaitu dengan cara membahagikan diri sendiri kepada beberapa bahagian, setiap bahagian akan membentuk organisma yang baru dengan karakter yang sama dengan badan induk.

Phytoplankton (Dinoflagellate dan diatoms)Sumber foto: Phytoplankton

Di negeri Sabah, fenomena laut merah ini adalah fenomena semulajadi yang kadang-kadang berlaku. Red tides ni juga baru sahaja berlaku pada bulan oktober tahun lalu (2012) di pantai California.

Ia berlaku disebabkan oleh mikroorganisma dinoflagellates yang secara semulajadinya berada di laut tiba-tiba membiak dengan cepat (explosion).

Ini menyebabkan jumlah populasi meningkat dengan sangat banyak yang dipanggil sebagai algal bloom. Dalam jumlah yang sangat banyak melebihi tahap selamat, organisma ini boleh mempengaruhi warna laut untuk tampak merah.

Secara semulajadi, mikroorganisma ini tetap wujud, namun dalam jumlah yang sedikit dan tidak berbahaya. Namun, dalam jumlah yang banyak dan tepu, hidupan laut yang menjadikan dinoflagelatte sebagai makanan akan menjadi toksik disebabkan kandungan dinoflagellate yang tinggi dalam perutnya.

Di perairan pantai barat Sabah juga, fenomena algal bloom ini selalu berlaku pada akhir tahun yang mana hujan dan hari yang panas kerap berlaku. Ia juga dikaitkan dengan ombak besar yang membawa nutrient ke perairan pantai. Nutrient yang tinggi, suhu yang panas dan cahaya matahari yang cukup menyediakan tempat yang sesuai untuk dinoflagellate ini membiak.

Elakkan Makanan Laut Semasa Red Tides

Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan di Sabah sudah menasihati semua orang untuk mengelak daripada memakan apa-apa jenis ikan shell atau bivalves dengan serta-merta.

Makanan laut yang perlu dielakkan untuk makan termasuk tiram, ketam, kerang, kupang dan apa-apa jenis makanan laut yang mempunyai kerang.

Di samping itu, semua orang harus menahan diri dari mengumpul kerang dan bivalves dari kawasan laut di Pantai Barat Sabah dengan niat untuk memakannya atau dijual kepada masyarakat umum sebagai makanan.

Sekiranya pengguna ingin memakan ikan kerang, mereka dinasihatkan untuk memastikan bahawa bivalves ini tidak diperoleh dari perairan di Pantai Barat di Sabah.

Walaupun ia tidak mungkin bagi anda menguji setiap kerang dan ikan dari laut sama ada ia bertoksin, Jabatan Perikanan di Sabah dengan ini mengisytiharkan bahawa air pasang ini terjadi di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas dan terdapat kemungkinan besar bahawa daerah-daerah yang berdekatan akan terjejas di masa depan .

Pihak berkenaan juga menjangka bahawa kerang akan menjadi lebih toksik kerana dinoflagellates ini menjadi lebih banyak di laut.

Soalan tambahan:

Kenapa algal bloom berlaku di pantai dan bukannya di laut dalam?

Sebab alga memerlukan cahaya matahari untuk membiak. Manakala cahaya matahari pula tak boleh sampai ke laut dalam. Cahaya matahari cuma boleh mencecah 100-200 meter ke dalam air (dipanggil sebagai photic zone), itu pun masih bergantung kepada kebersihan air tersebut.

Pada mulanya, saya ingat plankton ini bermigrasi mengikut arus lautan, rupanya ia memang wujud secara semulajadi di permukaan air laut dan apabila ia membiak secara besar-besaran, maka barulah fenomena laut merah ini boleh terjadi.

Sumber:

Baca juga: Darah O: Pengalaman Derma Darah Kali Pertama

Leave a Comment