free
hit counter

Nasi Lemak Punca Kegemukan? Nonsense!

“Nasi Lemak merupakan punca kegemukan bagi para pelajar-pelajar di sekolah”. Itu adalah satu kenyataan yang paling tak matang yang pernah aku dengar selama ni.

Pada zaman mak bapak aku dulu, OK saja bagi mereka makan nasi lemak ni setiap hari. Tak ada masalah pun yang ditimbulkan sampai jadi punca obesiti atau kegemukan. Jadi, bagi mereka yang bercakap demikian, saya rasa agak nonsense! Apalah salah nasi lemak ni.

Sedap saja makanan ini yang aku makan dari dulu sampai sekarang, tak ada pula sebarang masalah untuk obesiti ni. Bagi BMI saya juga amat cantik dengan nilai 23. Syukran ya saya ucap kepada tuhan. Peliknya bagi saya kenapa nasi lemak dipersalahkan bila budak-budak sekolah semakin ‘membesar’ ?

Di sini aku cuba kupaskan kenapa budak-budak sekolah sekarang senang sangat mengalami masalah obesiti ni.

nasi lemak
nasi lemak

Suka Sangat Makan Makanan Segera (Fast food)

Aku tak suka nak salahkan nasi lemak sebagai punca kegemukan. Walaupun mungkin itu antara sebab budak-budak sekolah sekarang jadi gemuk. Aku lebih suka salahkan Si Badut, Pakcik Kenel , Stesyen Bawah Tanah dan apa-apa yang seangkatan dengannya.

Kalau nak tahu, masalah obesiti ni paling meruncing di Amerika Syarikat. Dan aku yakin, di Amerika Syarikat tu, adalah dalam 0.1 % hingga 0.25% saja orang yang makan nasi lemak ni seminggu sekali. Dan ini adalah sungguh ketara sekali bahawa nasi lemak bukan punca obesiti.

Selain daripada mempunyai bentuk bendera yang hampir sama, Malaysia dan Amerika Syarikat juga mempunyai restoran fast food yang sangat banyak. Persamaan ini bagi aku memang logik sekali jadi punca obesiti bagi kebanyakan kanak-kanak.

Suka Sangat Main Permainan Video

Zaman kecil-kecil dulu, aku sempat jugalah untuk main tarik upih, main nyorok-nyorok, galah panjang, selipar tiga, batu seremban, congkak dan lain-lain permainan tradisional yang amat menyeronokkan. Tetapi bagi budak-budak sekarang lagi suka main Nintedo DS 3D, iPhone, PSP, PS3, Wii , XboX 360 dan juga komputer.

Perbezaan yang ketara di mana budak-budak sekarang cuma duduk saja buat masa yang panjang dan bukan macam masa kita dulu di mana kita banyak buat senaman dengan main permainan tradisional tu.

Aku dulu suka keluarkan peluh, budak sekarang suka simpan peluh. Kalau bagi perempuan masih tak apa, tapi ni lelaki pun sama. Hampeh. Lepas makan fast food Si Badut mahupun Pakcik Kenel, budak-budak ni main video game sampai ngantuk dan lepas tu terus tidur. Mana boleh jadi tak gemuk kalau asyik ulang benda yang sama buat 5 tahun berturut-turut?

Baca juga: Halangan Untuk Kurus Dan Cara Untuk Mengatasinya

Ibu Bapa Yang Terlalu ‘Penyayang’

Situasi Pertama

‘Ibu, Farah nak ayam kentaki bucket dua! Satu nak makan sekarang, satu nak buat bekal bawa pergi kelas Fardhu Ain petang karang’ pinta Farah terhadap ibunya. ‘Okay. Farah taknak burger Si Badut? Ada Hidangan Gembira. Tak nak?’ tanya ibu kepada Farah.

Farah menjawab lagi ‘Mestilah bu, itukan makanan wajib Farah’. Ibu tersenyum puas melihat Farah yang semakin membesar akibat kasih sayang yang diberikannya. ‘Cukup makan anak aku ni, jangan jadi macam aku dulu, makan tak cukup’ bisik si ibu dalam hati.

Situasi Kedua

‘Aiman nak pergi mana tu nak?’ tanya ayah. ‘Nak pergi main bola yah, Aiman teringin sangat nak main bola macam Ronaldo, semalam Aiman tidur lewat tengok Ronaldo beraksi. Aiman semangat ni yah!’ tegas Aiman.

Si ayah mendengus melihat telatah anaknya seraya berkata ‘Aiman, reti ke main bola? Suruh jogging pun pemalas. Dah, tak payah ngada-ngada. Duduk je dalam rumah. Nanti kena tackle, patah pulak kaki Aiman, ayah jugak yang susah’.

Aiman kebingungan, dia bertindak mempertahankan pendiriannya dengan berkata ‘Ala, kalau kena tackle, Aiman buat-buat la jatuh walaupun tak kena. Aiman tengok Ronaldo lepas buat macamtu, dia bangun OK je yah’. Ayahnya tidak puas hati dan risau dengan keselamatan anaknya lalu berkata ‘ Dah, jangan keluar rumah.

Jom ikut ayah beli Xbox Kinect. Aiman main bola je dengan ayah kat dalam rumah ni’. ‘ Betul ke yah? Okay! Kalau macam tu Aiman setuju!’ Aiman tewas akhirnya.

Pengharaman peniaga menjual nasi lemak di kantin sekolah jelas sekali bukan penyelesaian yang bijak dan effisien dalam menangani masalah kegemukan budak-budak sekolah. Jelas sekali fastfood lebih tepat dinobatkan makanan menggemukkan budak-budak sekolah mahupun budak-budak IPT.

Selain makanan itu sendiri, cara hidup yang tak sihat juga adalah faktor utama obesiti di kalangan budak sekolah. Oleh itu, janganlah mengharamkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Sebab itu juga makanan tradisional melayu.

Kenapa tak haramkan terus fastfood kalau macam tu? Oh, lupa pulak. Pakcik Kenel, Si Badut dan rakan-rakannya membayar 5% cukai kerajaan. Patutlah dapat imuniti.

Baca juga: Dapatkan BMI Ideal Dengan Tips Bakar Lemak Pantas

2 thoughts on “Nasi Lemak Punca Kegemukan? Nonsense!”

  1. apa yang aku nampak, ramai blogger yang tak setuju nasi lemak punca obesiti ni termasuk aku..bagi aku, hanya 2 sebab je orang2 besar ni boleh cakap nasi lemak punca obes.

    1) diaorang tak buat reasearch pasal benda ni..main pakai sedap mulut je nak cakap apa.
    2) diaorang buat reasearch. Tapi hasil kajian tu di pesongkan oleh orang bawah. contohnya hasil kajian, makanan si badut dan sewaktu dengannya punca obes. Tapi orang bawah tipu orang besar kata nasi lemak punca obes.

    mungkin sebab diaorang tak suka makanan tradisional ni. kita nak majukan kan. tengok orang barat maju. diaorang tak makan nasi lemak dan diaorang tak cakap melayu.

    Reply
  2. Dalam nasi lemak ada protein=telur dan sambal, karbohidrat =nasi, lemak=kacang, fibre=timun..jadi kenapa nasi lemak menjadi penyebab kegemukan?

    Reply

Leave a Comment