free
hit counter

Halangan Untuk Kurus Dan Cara Untuk Mengatasinya

Kenapa Berjaya Kurus Tapi Gemuk Balik?

Sekarang keberatan badan saya adalah 85 kg,. Mari bagi saya berkongsi bersama anda bagaimana aku berjaya kuruskan badan jadi 63 kg tapi selepas tu gemuk balik. Jawapannya agak mudah: Aku tak jaga makan dan aku tak bersenam!

Salah satu sebab ialah, selepas aku berjaya kurus, aku telah diperkenalkan oleh member aku dengan Nasi Kandar Zainul yang dijual dengan harga yang murah dan rasa yang sedap.

kurus badan

Makan Dengan Banyak

Kena dengan tekak aku, memang aku selalu makan, dan bermulalah makan dengan kuantiti yang banyak. Ada satu tahap, sebelum sembahyang jumaat makan, lepas sembahyang tibai makan lagi 1 pinggan. Malam pun memang makan.

Apa lagi, asal elok berat 63 kg, pergi makan ikut suka hati. Akibatnya keberatan badan memang naik dengan cepat. Jadi, jika nak maintain, memang perlu jaga makan.

Dapat Girlfriend

Lepas berjaya kurus, saya mula mempunyai keyakinan yang cukup untuk dekat dengan wanita. Dan tidak ambil masa yang lama sudah saya dapat satu wanita yang berhubung rapat.

Masa fokus nak bercinta dan menjaga hati, memujuk, berdating, perlulah tumpu banyak perhatian atas hubungan dengan kekasih maka terdapat hal-hal lain yang diabaikan.

Saya langsung tidak pergi jogging seperti dulu dan sampai satu tahap saya sudah tidak exercise langsung. Berat badan sudah naik balik masa tu pun menjadi faktor dah malas nak berjogging.

Halangan Untuk Kurus

Halangan, dugaan, cabaran, rintangan untuk kurus ialah installment terakhir pasal nak kurus selepas berjaya kurus, kekal kurus dan gemuk balik. Semua orang kalau boleh nak kurus dan mengamalkan cara hidup sihat.

Bagaimanapun, terdapat halangan dan rintangan bagi mencapai semua itu. Saya menulis melalui pengalaman saya sendiri.

1. Ada duit untuk makan

Rasanya kalau dulu masih belaajar pandai berpekin kurangkan makan ataupun masak sendiri makanan waktu tak ada duit dan duit scholar tak masuk lagi. Tapi bila sekarang sudah kerja dan ada duit, kena pulak jenis minimakan liability bulanan, memang tak ada hal nak berbelanja untuk makan.

2. Makanan Memang Sedap dan pelbagai

Arab, mamak, melayu, thai, burger, indon, western, you name it, memang semua makanan ada kelazatan tersendiri yang tidak dapat saya tolakkan.

3. Makanan percuma

Kadang-kala mesti ada makan percuma. Biasanya dekat pejabat ada jamuan anak dapat 5A, nak pergi haji, jamuan perpisahan, kesyukuran dapat anak, dan sebagainya. Kalau di luar office, open house, kenduri, jamuan hari jadi, semua ni pun akan dapat makan-makan yang banyak.

Satay, mee, nasi lemak, ayam goreng, semua ada layan dan adalah percuma untuk dimakan dengan sesuka hati. Bila rasa tak payah bayar, maka mestilah makan dengan berpuas-puasnya.

4. Jamuan yang sendiri kena bayar

Ini adalah lagi satu tarikan untuk makan. Alang-alang sudah bayar , kenalah makan bagi setimpal dengan apa yang dibayar.

5. Tabiat lapar sikit saja sudah nak cari makan

Terasa lapar sikit, terus saja nak sumbat makanan dalam mulut. Sebenarnya kalau terasa lapar, tahan sikit lepas tu aku akan rasa tak lapar balik.

6. Diet yang sihat tidak sedap

Sekiranya pergi restoran McDonald dan cuma boleh order salad saja, maka semua selera makan akan hilang. Tarikan untuk makan burger adalah lebih tinggi.

7. Balik kampung

Ya, setiap kali bila balik kampung, ibu bapa akan masak banyak masakan yang sedap dan yang merupakan masakan kegemaran saya, maka memang tak dapat kawal untuk makan dengan banyak.

8. Segan kat kawan/isteri/keluarga

Part ni kira halangan utama juga sebab memang SEGAN atau MALU nak keluar dari kebiasaan makan banyak. Tiba-tiba makan dengan ambil sayur dan nasi separuh saja.

9. Segan Bersukan

Saya seorang yang pernah jogging di sekitar kejiranan saya. Kadang-kadang terfikir apa yang orang akan fikir tentang kita macam sudah menghidapi apa-apa penyakit baru nak bersenam atau kena kata oleh orang maca sudah lama aku tengok dia jogging tapi haram tak kurus-kurus pun.

10. Tak ada masa

Ini juga merupakan satu faktor juga, terutamanya pada exercise part. Dulu bila masih bujang, pagi petang boleh pergi jogging.

Bila sudah kahwin, ada isteri pun jadilah, memang payahlah nak berjogging mahupun berbadminton dan berfutsal. Kena pula ada anak kecil lagilah tak ada masa. Memang ada beberapa di mana bila saya nak keluar jogging tapi anak jaga dan nangis dengan bunyi pintu terbuka, tawar hati saya dan tak jadi nak pergi jogging lain.

11. Rasa lambat nak kurus

Nak kurus bukan makan masa sehari untuk nampak kesan. Memang kena banyak bersabar dan berusaha kuat.

12. Kene konsisten dan berterusan

Lanjutan point 11, kalau bab jaga makan tu memang kenalah konsisten dan berterusan. Setakat seminggu pun tak jadi apa -apa lagi. Walaupun sudah berjaya turunkan keberatan badan pun, masih kena jaga makan yang berterusan!

Jadi, jika berhasrat nak kurus, halangan inilah yang perlu diatasi!

Bagaimana Nak Kuruskan Badan Dengan Cepat

Ramai orang yang ingin tahu cara bagaimana boleh jadi kurus dengan cepat, efektif, dan berkesan? Saya ada versi saya sendiri tentang bagaimana nak kurus. Cara ini serious efektif sebab saya pernah berjaya kurus. Dulu berat pernah cecah 80 sewaktu awal bekerja, selepas 80 hari, boleh jadi berat 63 kg dengan jumlah keberataan diturunkan 17 kg!

Apa Yang Paling Utama

Yang paling utama adalah determination atau ketetapan hati. Bila timbang berat 80, rasa sangat overweight, jadi saya memang ada keazaman yang kuat untuk kuruskan badan. Di samping tu, memang nak kelihatan lebih kacak supaya ada peluang dapat girlfriend.

Ketetapan hati ni perlu kuat, sebab memang banyak dugaan sebab perlu disiplin dalam jaga makan dan membuat aktiviti fizikal. Kalau tak tetapkan hati untuk kurus, akan jadi hangat-hangat taik ayam.

Apa yang saya lakukan cuma 3 benda sahaja, iaitu jogging, tidak makan malam, dan minum air banyak.

Jogging: setiap hari dan ada masa rajin, pagi jogging petang pun joging. Mula dengan jarak yang singkat dan jauhkan lagi jarak lepas beberapa masa. Pastikan peluh keluar dengan banyak.

Tidak makan malam: Itu adalah apa yang aku buat. Bagi orang yang ada gastrik tak boleh ikut pemakanan macam ini. Memang agak menderita untuk tahan lapar, tapi ia satu perkara yang memang banyak orang boleh lakukan. Waktu malam cuma makan sikit makanan yang manis macam Mars atau Snickers pak kecil.

Minum air kosong dengan banyak: Lepas jogging minum dengan air yang banyak. Lepas makan tengah hari, kalau rasa lapar pun minum banyak air lagi.

Jika anda timbang berat badan anda setiap seminggu, akan anda dapati bahawa keberatan badan anda akan turun 1 atau 2 kg dalam masa seminggu saja!

Jadi, ianya sukar sanggup dengan tak sanggup saja dan jika anda tetap dengan ulangi membuat demikian, pasti anda dapat berjaya turunkan berat badan. Ini adalah cara yang cepat untuk kuruskan badan, apa yang anda perlukan adalah lakukannya dengan segera dan berterusan.

Cara Nak Kekal Kurus

Nak kekal kurus tidaklah sesusah bagaimana nak kurus cepat sebaliknya cabaran paling utama adalah tidak balik ke habit makan banyak dan tak bersenam langsung. Oleh itu, bila sudah kurus dan nak kekal kurus, anda perlu:

1. Jaga pemakanan berterusan

Jika rasa susah dengan tidak makan malam, boleh juga makan malam setiap malam, tapi memang kena perhatikan dengan kandungan yang anda dimakan. Biarlah diet makan anda mengandungi banyak sayur dan serat. Kalau terasa nak makan kenyang, lebihkan sayur dan bukan lebihkan nasi.

2. Bersenam

Tak perlu nak jogging setiap hari walaupun nak kurus badan dengan cepat. Sebenarnya jika boleh jogging 5 km setiap kali untuk 2 kali seminggu pun dah cukup. Agar anda melakukannya dengan berterusan.

Itu saja, anda membuat 2 perkara ini dengan baik dan anda akan selalu dapat mengekalkan badan yang kurus dan sihat.

Leave a Comment