free
hit counter

Sifat Lelaki Yang Disukai Perempuan

Dalam kehidupan seharian, memang tidak sah kalau manusia tidak memilih. Apa jua pakaian yang ingin dipakainya, mesti akan dipilih terlebih dahulu. Warna pakaian yang gelap atau cerah, segalanya perlu ditentukan dan dipilih.

Jadi, tidak lengkap kehidupan seseorang tanpa memilih sesuatu. Sama juga seperti cinta dan pasangan. Setiap manusia akan memilih pasangan yang tepat dan layak untuk dijadikan sebagai teman sehidup semati. Namun, ada sesetengah masyarakat yang gemar memilih sehingga menyebabkan hidupnya bujang separuh usia.

sifat lelaki gemari wanita

Itu bukan apa, cuma kes cerewet keterlaluan sahaja. Sudah ada di depan mata namun masih cerewet, katanya ORANG YANG ADA DI DEPAN MATA TIDAK MENEPATI CIRI-CIRI IDEAL UNTUK DIJADIKAN PASANGAN. Seolah-olah, dia memang terlalu sempurna. Masalah masalah.

Kita perlu berfikir panjang, berfikir jauh. Bukan apa, sekiranya terlalu memilih, takut gelaran ANAK DARA TUA atau BUJANG TERLAJAK melekat pula nanti. Tapi, golongan ini sungguh bijak menjawab, apabila ditanya, “Kenapa masih bujang sampai sekarang?

Si polan tu kan ada, buat apa tunggu lama-lama?” Lantas dia menjawab, “Dia bukan jodoh saya kot, lagipun dia bukan cita rasa saya.” Bukan apa, si polan itu lengkap segalanya namun mungkin rupanya saja yang kurang menyengat atau taraf hidup yang agak berbeza.

Mungkin itu penyebab mengapa si polan itu tidak tersenarai dalam ciri-ciri ideal pasangan idaman. Sebenarnya, kaum perempuan ini boleh dikatakan sebagai kaum yang agak cerewet dalam bab memilih pasangan hidup. Namun, tidak semua perempuan cerewet cuma keadaan yang memaksa mereka menjadi cerewet.

Di bawah ini disenaraikan beberapa ciri lelaki yang diminati perempuan :

1. Lelaki penyabar

Perempuan memang teruja apabila bertemu dengan lelaki yang mampu menahan sabar apabila berdepan dengan perempuan yang mempunyai perangai ‘annoying’. Malah, perempuan suka berkomunikasi dengan lelaki yang boleh bertolak ansur secara baik dengannya.

Perempuan benci bertengkar dengan lelaki yang sentiasa inginkan kemenangan walaupun ternyata bahawa kesilapan yang terjadi adalah berpunca daripada lelaki tersebut.

2. Perempuan suka lelaki yang romantik

Mungkin ada sesetengah lelaki di luar sana yang kurang mahir untuk menjadi romantik di hadapan kekasihnya namun, sekiranya anda berubah menjadi sedikit romantik demi mengambil hati si dia, anda tidak akan mengalami sebarang kerugian bukan?

Tidak salah sekiranya anda mengejutkan si dia dengan menghadiahkan coklat kepadanya atau mengungkapkan kata-kata cinta melalui puisi. Mungkin hubungan cinta anda akan menjadi semakin hangat.

3. Lelaki yang mempunyai masa depan yang cerah

Atau lelaki yang sudah memikirkan tentang masa depannya sendiri. Perempuan tidak kisah sekiranya anda dari keluarga yang sederhana namun perempuan kisah sekiranya anda tidak mempunyai matlamat hidup yang tetap.

Hidup susah pada permulaannya, tidak semestinya akan sentiasa menjadi susah setiap masa sekiranya si lelaki merupakan seorang yang rajin dan mempunyai matlamat hidup. Itu merupakan tanggapan perempuan terhadap lelaki yang tidak berada namun memasang matlamat hidup yang tetap.

4. Lelaki yang mempunyai sikap merendah diri 

Dalam erti kata lain lelaki yang mempunyai sifat ‘LOW PROFILE”. Walaupun lelaki datang dari keluarga berada atau mungkin lelaki memiliki rupa paras yang kacak, namun lelaki tetap berpijak di bumi yang nyata.

Malah, perempuan mudah tersentuh dengan lelaki yang memiliki sikap LOW PROFILE ini. Lelaki jenis ini sememangnya mempunyai hati yang mulia kerana tidak pernah menilai pasangannya daripada segi rupa atau kewangan. Lelaki jenis ini hanya inginkan ketulusan dan kejujuran hati si dia sahaja.

5. Lelaki yang tahu menghormati perempuan

Sebenarnya, lelaki yang bertanggungjawab dan baik ini dapat dilihat dari segi sikapnya sendiri. Sekiranya seseorang lelaki itu dapat dan tahu menghormati seseorang perempuan maka lelaki tersebut memang layak untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

Tugas lelaki adalah untuk menjaga perempuan dan melindungi perempuan, bukannya dengan merosakkan diri dan maruah perempuan.

6. Sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua

Kaum perempuan lebih suka mencari lelaki yang matang dan tahu menghormati ibu bapa atau orang tua kerana perempuan akan beranggapan bahawa lelaki jenis ini mudah mesra dengan keluarga sendiri dan juga keluarga si perempuan.

Hal ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa lelaki bijak membawa diri apabila berjumpa dengan ibu bapa teman wanita.

7. Lelaki yang dapat membimbing diri sendiri dan pasangannya ke arah kebaikan

Dalam dunia ini, kaum lelaki sendiri bersetuju bahawa mereka akan mencari perempuan yang baik untuk dijadikan sebagai isteri mereka. Jadi, kaum perempuan juga menganggap bahawa lelaki yang dapat membimbing hidup sendiri dengan baik juga akan dapat membawa perempuan ke jalan yang lebih benar.

Siapa mahu lelaki yang gemar berfoya-foya dan keluar lewat malam hampir setiap hari? Sebelum kahwin, si lelaki sudah menunjukkan sikap liarnya apatah lagi jika sudah berkahwin. Pasti si perempuan akan berendam air mata setiap hari.

8. Lelaki yang jujur

Walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan namun sekiranya si lelaki itu merupakan seorang yang jujur, dia tidak akan menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan si perempuan kerana hati perempuan akan lebih terguris sekiranya perkara tersebut diketahui sendiri oleh perempuan dan bukannya dari mulut si lelaki.

9. Lelaki yang mudah mesra dan tidak sombong

Perempuan suka dengan lelaki yang mesra dan bijak berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Perempuan tidak suka dengan lelaki yang bertindak sebagai tunggul kayu dan berat mulut.

Namun, mesra yang dimaksudkan di sini ialah peramah berpada-pada. Jangan pula anda menjadi peramah keterlaluan sehingga semua jenis lapisan masyarakat terutamanya perempuan, ingin ditegur.

10. Lelaki yang bijak membuat lawak atau dalam erti kata lain, kelakar

Sekurang-kurangnya perempuan tidak berasa bosan bersama dengan lelaki jenis ini. Lelaki jenis ini tahu bagaimana cara untuk menghiburkan hati si dia tatkala si dia bersedih atau berduka. Namun, jangan pula setiap masa anda ingin membuat lawak, takut nanti dianggap kurang matang oleh si dia.

Leave a Comment