free
hit counter

Perbezaan Antara Diari dan Journal dari Saya

Adakah anda menulis diari sejak kecil?

Tidak. Saya tidak menulis sebarang bentuk diari semasa kecil. Saya melihat bapa ada mempunyai diari semasa saya bersekolah rendah. Namun, kebiasaanya bapa hanya mencatatkan perbenlanjaan seharian dan lain-lain perkara berkaitan kewangan atau temujanji.

Semasa saya masih belajar di sekolah menengah, saya ada kenal dengan beberapa orang yang menulis diari. Kebanyakannya adalah dari perempuan. Biasanya diri ini akan disorokkan, ataupun diari ini mempunyai kunci kecil.

diari journal

Bilakah anda mula menulis diari atau journal?

Saya bermula menulis diari selepas tamat belajar di universiti. Saya tidak pasti sama ada ia sesuai dipanggil diari atau journal. Tujuan asalnya hanya tulis untuk mencatat beberapa perkara penting, seperti maklumat untuk persediaan temuduga, perkara menarik yang saya ingin baca dengan lebih lanjut di lain masa, dan kadang–kadang emosi diri yang ada pada masa tertentu.

Pada masa itu saya tiada buku khas, hanya mencoret apa yang terlintas di mana yang sempat. Kadang kala hanya di belakang resit Tesco.

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara diari dan journal?

Ini hanyalah pendapat peribadi. Pada saya, menulis diari ialah menulis pengalaman perjalanan seharian kehidupan. Diari lebih kepada kejadian dan perasaaan, sama ada sesuatu yang menyeronokkan atau sesuatu yang menyedihkan. Positif dan Negatif.

Journal adalah satu bentuk upgrade kepada diari. Satu proses kematangan penulisan. Fokus journal bukan kepada apa yang terjadi pada hari itu, tapi lebih kepada apa idea yang terfikir pada masa itu. Journal memasukkan elemen perancangan, jadual, objektif dan perkembangan, yang berada dalam keadaan lebih tersusun.

Jornal merekod pendapat, mengenalpasti idea dan mengembangkannya.

Membaca kembali diari seolah membaca sebuah novel cerita, dan membaca kembali journal seolah membaca satu manuskrip tentang sesuatu penemuan. Semakin teratur sebuah journal, semakin teraturlah pemikiran dan kehidupan penulisnya.

Adakah sebarang perbezaan antara menulis journal secara digital atau secara manual, dengan tulisan tangan?

Banyak software atau apps yang membantu kita merekod journal. Tapi saya suka cara yang ortodoks. Buku dan pen, dan beberapa alat tulis lain yang sesuai. Pada saya menulis secara digital mudah sangat untuk diedit. Jika dengan tulisan tangan, ianya lebih ‘semula jadi’ dan ‘langsung’. Susah dibetulkan atau didelete. Apa yang terlakar akan kekal terlakar.

Apakah kelebihan menulis journal atau diari?

Menulis adalah terapi. Sama ada menulis secara digital atau manual, kedua-duanya terapi. Saya lebih suka kepada penulisan manual. Apa yang terfikir di kepala akan diterjemahkan terus kepada tulisan tangan dalam suasana yang menenangkan.

Menulis, jika disimpan dengan baik, boleh menjadi cermin refleksi diri apabila dibaca kembali. Contohnya mungkin dalam journal empat tahun lepas kita menulis kecenderungan idea kepada parti politik tertentu, kita dapati tahun ini kita telah melompat parti dan lebih cenderung kepada parti satu lagi.

Apabila dibaca kembali, kita akan dapat rasakan kita juga seperti orang lain, lalang. Melompat seperti belalang.

Menulis diari dan journal tidak mempunyai format tertentu, tiada betul tiada salah. Lepakan soal tatabahasa (bye-bye bahasa), asalkan apa yang ingin dirakam dapat dirakam dengan baik. Jadikannya ianya seronok dan jadikannya ia menarik.

Apakah pesan anda kepada rakan-rakan yang menulis diari dan journal di luar sana?

Tidak semua orang suka makan Durian, walaupun ia Raja Buah. Tidak semua orang yang suka makan durian itu pula gemarkan tempoyak.

Leave a Comment