free
hit counter

Dendam Orang Berjaya

Jom sembang pasal dendam. Semua orang yang sudah dewasa tahu apa itu dendam. Kalau orang buat aniaya sama kita, kita akan berdendam. Dengan kata lain nak balas balik penganiayaan yang telah kita alami.

dendam orang berjaya

Contoh-Contoh Dendam

Memang biasanya kalau berdendam mesti nak balas dengan balasan yang setimpal ataupun lebih. Ini saya nak bagi beberapa contoh:

Gaduh dalam asrama

Kalau terjadi pergaduhan macam contoh dekat asrama, mesti nak ajak geng ramai-ramai untuk belasah balik dengan orang yang mulakan pergaduhan, orang yang kena belasah ni pula boleh panggil kawan yang berada di luar sekolah untuk datang tolong pukul. Kesudahan mereka yang terlibat kena buang sekolah.

Berpisah dengan girlfriend

Kalau girlfriend minta berpisah sebab dia sudah ada teman lelaki baru, hangin 1 badan boleh saja belasah girlfriend dengan boyfriend baru sekali. Ada pula orang yang balas dengan cepat-cepat cari awek baru untuk buktikan yang dia boleh ada awek padahal bukan atas cinta sejati.

Kalau layan cerita melayu, dikhianati oleh abang yang melacurkan dirinya kepada seorang yang kaya. Untuk membalas dendam bertindak menjadi pelacur dan mengecewakan ramai lelaki.

Macam banyak kes yang dilaporkan di TV yang kita dapat lihat. Bunuh mamat bangla yang berjaya menggoda isteri. Memang dendam terbalas!

Dendam Sampai Berbalas

Memang ada orang yang terus terang akap bahawa dia merupakan jenis pendendam. Ada orang yang kalau dendam memang akan dia simpan untuk tempoh yang lama sampai dendam dia berbalas.

Lagi satu tempat yang senang untuk jadi tempat untuk berdendam adalah tempat kerja. Di tempat kerja memang senang wujud politik pejabat dan timbul pertikaian antara rakan sekerja, manager dan supervisor. Ada yang akan menghancurkan syarikat itu sebab nak dendam dan terdapat juga banyak kes pembunuhan yang berlaku yang disebabkan oleh pekerja nak balas dendam terhadap orang di syarikat kerjanya yang dia benci sangat.

Ini bukanlah cara membalas dendam yang afdal, yang sesuai. Mungkin 1 masa nanti orang akan balas lebih teruk lagi. Or worst kena masuk penjara, ini sudah jadi satu lagi hal pula sebab kena lepak tirai besi.

Patutnya kita tak perlulah membalas dengan kesengsaraan yang sama atau lebih teruk. Apapun kesusahan, rasa tersindir, dimalukan, dihina dan dendam kita, kita patut balas dengan BERUSAHA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DAN GEMBIRA.

Biarkan mereka yang menyusahkan, menyindir, memalukan, menghina, menyakiti kita dengan apa yang mereka buat, yang pasti mereka tidak diperlukan kerana kita sudah berjaya dan gembira.

Kisah Benar Yang Saya Ingin Beritahu

Saja aku nak kongsi kepada anda semua tentang satu kisah benar yang berlaku pada saya bila saya masih kecil. Terdapat satu keluarga yang lagi miskin daripada keluarga saya pada masa tu, mungkin 3 kali ganda lebih miskin daripada kami boleh saya cakap begitu.

Adik beradik untuk keluarga itu pun ramai, terdapat 7 orang. Memang dia selaku kena kutuk, dengan kawan-kawan yang dari keluarga yang agak berada. Macam-macam penghinaan sampai ke tahap boleh kutuk-kutuk cakap yang dia rogol adik dia sendiri dekat kebun getah.

Ini memang jadi satu laughing stock dalam kejiranan. Selaku orang yang miskin manalah nak boleh balas, diam saja yang merupakan apa yang biasa mereka lakukan. Walau teruk kena kutuk, tetap dia datang untuk berkawan sebab kampung saya sangat kecil saja dan cuma dia yang merupakan antara kawan-kawan terhad yang saya ada pada masa tu.

Baru-baru ni saya terjumpa dia di klinik. Dia teman isteri dia untuk semak lepas beranak. Aku catch up dengan dia, selain daripada kahwin dan sudah ada anak, sekarang dia sudah ada kerja tetap.

Walaupun dia tidak dapat masuk universiti dan tidak dapat gaji yang banyak untuk pekerjaan dia, tapi saya nampak dia sudah ada pekerjaan yang tetap dan gembira dengan hidup dia adalah sesuatu yang saya rasa layak untuk diceritakan dalam blog ni.

Macam lagi satu cerita tentang kawan saya yang lagi satu, dia yang sama sekolah rendah dengan saya. Dia bernasib dengan lahir di satu keluarga yang kaya dan senang. Jadi dia berlagak sangat dan saya dengan kawan saya yang bukan kaya sangat dihina oleh dia.

Sekarang saya seorang usahawan dan kawan saya seorang manager dalam sebuah syarikat engineering. Tapi budak yang sombong tu cuma dapat bekerja di kampung saja. Bukan nak cakap besar tetapi ini memang rezeki, tapi kepuasan tetap ada.

Jadi sekali lagi, kita patut balas dengan BERUSAHA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DAN GEMBIRA. Jika kita boleh lupakan untuk balas dendam tetapi pakai masa yang ingin dendam itu untuk berusaha dengan kuat, kita akan jadi orang yang berjaya dan mereka yang hina kita akan rasa malu. Ini merupakan dendam yang paling baik!

Leave a Comment