free
hit counter

Menjadi Lebih Bertuah – Sebuah Buku Yang Memanfaatkan

Dua minggu lepas saya sempat pergi mengunjungi ke Sunway Piramid untuk mencari buku yang saya ingin beli, iaitu “Menjadi Lebih Bertuah.’ yang telah berada di pasaran. Nama Inggeris untuk tajuk buku ini adalah “The Luck Factor“.

The Luck Factor

Pada asalnya saya pergi ke kedai buku Popular dahulu tetapi nampaknya buku yang  saya cari itu tidak dipasarkan di sana lagi kerana menurut mereka, tiada tajuk buku tersebut dalam sistem kedai Popular.

Kemudiannya saya pun membawa diri masuk ke kedai buku MPH. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya melihat buku ini secara live setelah beberapa minggu baru pulang ke Malaysia.

Saya dapat habis baca seluruh buku ini dalam masa dua minggu. Jadi hari ini, saya bercadang ingin berkongsi sebahagian artikel dalam buku ini. Diharap ianya membantu.

Kajian Mengenai Tuah

Prof Richard Wiseman telah mengambil keputusan untuk mengkaji bidang tuah dengan lebih mendalam. Ada sesuatu yang menarik tentang tuah untuk dibongkarkan.

Beliau ingin tahu perkara yang membuatkan seseorang itu lebih bertuah daripada yang lain. Beliau ingin menjawab persoalan mengapa sesetengah orang mempunyai kehidupan yang diinginkan dan sementara yang lain tidak.

Selain itu, beliau tertanya-tanya mengapakah seseorang individu itu mempunyai pengalaman yang bermakna manakala seseorang yang lain pula mengalami pengalaman yang buruk.

Lalu beliau pun meletakkan iklan di surat khabar nasional dan majalah. Beliau telah menjemput individu yang merasakan dirinya bertuah dan malang untuk menghubunginya.

Program Untuk Orang Yang Minat Boleh Menyertai

Ramai orang yang berminat untuk membantu dan menyertai. Sepanjang beberapa tahun, seramai 400 orang telah menyertai rancangannya. Antara penyerta, umur yang paling muda adalah 18 tahun yang merupakan seorang pelajar manakala peserta yang paling tua adalah seorang pesara akauntan yang berumur 48 tahun. Mereka semua telah bersedia untuk menyertai ujian yang akan disediakan oleh Richard.

Salah seorang peserta yang terlibat dalam ujian Richard adalah Jesicca yang ketika itu berumur 42. Dia merupakan seorang ahli personal dan mempunyai hubungan jangka panjang dengan seorang lelaki.

Perkara yang menarik, temannya itu ditemui secara kebetulan di jamuan makan malam. Selain itu,dia turut mencapai pelbagai impiannya. Jesicca mempunyai kerjaya yang mengembirakannya disamping mempunyai dua orang anak yang hebat dan juga seorang lelaki yang begitu menyayanginya.

Perkara ini berbeza pula dengan seorang peserta yang menganggap dirinya malang. Patricia telah banyak mengalami kehidupan yang malang dalam hidupnya. Patricia merupakan seorang kabin krew. Dia dikenali sebagai seorang yang membawa sial dan kecelakaan. Salah satu penerbangannya pernah dipanah petir.

Selain itu, penerbangan yang disertainya juga pernah terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Dia merupakan seorang yang sering berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Selain itu, dia juga tidak bertuah dalam percintaannya.

Richard telah melakukan kajian ini untuk beberapa tahun. Beliau telah menemuduga, menyuruh para peserta ini untuk mengambil ujian personaliti, ujian kepintaran, menyuruh menulis diari dan juga menjemput datang ke makmal untuk terlibat dalam eksperimen.

Sikap dan Pemikiran Memainkan Peranan Yang Penting

Hasil akhirnya, beliau menemui bahawa tuah bukanlah sesuatu yang magis. Tidak ada individu yang ditakdirkan untuk malang dan tidak ada individu yang ditakdirkan untuk bertuah. Ianya bukan datang daripada kebetulan. Hasil dapatan menyatakan bahawa sikap dan pemikiran yang memainkan peranan penting dalam tuah seseorang.

Richard Wiseman telah menjumpai cara untuk menghasilkan tuah. Beliau menyatakan terdapat 4 prinsip utama dalam menjana tuah. Pertama mereka mempunyai kemahiran dalam mencipta dan mengenalpasti peluang.

Kedua pula, orang bertuah membuat keputusan yang bertuah berdasarkan intuisi diri. Ketiga, mereka positif terhadap tiap-tiap perkara yang perlaku. Akhir sekali, mereka seorang yang tabah dan mempunyai kemampuan dalam menukar nasib malang kepada nasib baik.

Untuk bacaan lebih dalam, dapatkan buku ini di pasaran.

Baca juga: Misteri Kehidupan Yang Kita Mengalami

Leave a Comment