free
hit counter

Misteri Kehidupan Yang Kita Mengalami

Perkara yang saya ingin ceritakan ini berlaku sekitar pada tahun 1978. Ia berlaku di sebuah syarikat gergasi dari Amerika Syarikat yang bernama Procter & Gamble. Perkara yang berlaku adalah di ibu pejabat syarikat itu yang terletak di Cincinnati.

Bagi mereka yang tidak tahu apakah itu syarikat Procter & Gamble, ianya merupakan sebuat syarikat edar antara terbesar di dunia dan terdapat banyak juga produk yang ada jual di Malaysia. Bayangkan syampu, atau pun segala kelengkapan seharian yang dipakai oleh kita, Kebanyakan produk yang kita gunakan sebenarnya adalah datang daripada edaran syarikat itu.

Jika anda tidak percaya, boleh anda cuba ambil botol syampu di rumah anda dah lihat di belakang botol syampu itu. Kebesaran peluang syampu yang anda pakai itu adalah buatan dari Procter & Gamble.

Cerita Bermula

Cerita diteruskan dengan di dalam meja pejabat yang berbentuk cube itu, terdapat sepasang pemuda yang baru berumur 22 tahun yang baru sahaja tamat belajar yang duduk di dalam.

Tugasan mereka adalah untuk membantu Duncan Hines menjual biskut brownie yang dia buat punya. Tetapi perkara menjadi amat malang sebab kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan menulis surat memo kerana terikat dengan undang-undang syarikat yang ketat.

Mereka bukan orang yang tidak bijak, sebaliknya mereka merupakan orang yang bijak dan berusaha kuat. Jika diukur daripada kelayakan universiti, mereka bukannya datang dari calang-calang universiti, tetapi mereka adalah lulusan dari universiti Harvard dan Dartmouth yang merupakan universiti jenama di Amerika Syarikat.

Apa Yang Membezakan?

Persoalannya, apakah yang membezakan mereka dengan orang lain jika dilihat daripada pembabitan awal? Apakah yang membezakan mereka dengan pemuda yang lain?

Tiada dari antara mereka yang mempunyai impian atau kerjaya spesifikasi jelas yang ingin diceburi ketika itu. Apa yang pasti, setiap tengah hari mereka akan bermain bola keranjang yang terhasil daripada gumpalan meme.

Kata salah seorang daripada mereka,

“ Kami pernah diundi sebagai lelaki yang mempunyai peluang yang paling sedikit untuk berjaya.”

Cuba anda bayangkan, apakah perasaan anda jika dikatakan sedemikian oleh orang lain? Pastinya anda membayangkan bahawa kenyataan itu hampir tepat. Pembaca seharian, mereka yang dimaksudkan itu adalah Jeffrey Immelt dan juga Steve Ballmer.

Mereka telah berjaya menjawat jawatan penting iaitu CEO sebelum berumur 50 tahun di syarikat gergasi dunia iaitu General Electric dan Microsoft. Sangat berbeza dengan kenyataan kebanyakkan orang bahawa mereka tidak akan berjaya.

Persoalannya dalam kes ini, apakah itu bakat? Pelik kerana kita tidak melihat apa-apa pun sesuatu yang luar biasa ketika mereka berumur 22 tahun dan memulakan kerjaya. Adakah mereka mempunyai otak yang bijak?

Diakui mereka datangnya daripada universiti yang ternama dan mereka sememangnya bijak, tetapi ini tidak dapat bukti dan menunjukkan mereka lebih bijak berbanding dengan rakan mereka yang lain. Adakah ianya hasil kerja keras? Mungkin benar tetapi itu bukan point yang hendak dicari. Jadi apakah ia? Saya tinggalkan untuk difikirkan.

talent is overrated

P/S: Saya sekarang dalam proses membaca buku Talent is Overrated. Malah sebahagian persoalan di atas sebenarnya datang daripada buku ini. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh anda pergi ke kedai buku dan cari nama buku ini.

Kehidupan Siapa?

Menjelang tahun baru ini saya ingin berkongsi tentang permainan atau latihan yang bernama ‘Kehidupan Siapa?’ Dengar pun sudah menakutkan.Haha..jangan risau ianya permainan yang mudah dan latihan ini dibuat dan digunakan di IDEO. Sesuai untuk dipraktikkan dan dimainkan oleh organisasi ataupun kumpulan kecil sekurang-kurangnya 5-6 orang.

Apa itu IDEO?

IDEO merupakan salah sebuah syarikat rekaan yang hebat di dunia. Merekalah yang mencipta berus gigi di mana pemegangnya lebih besar untuk kanak-kanak, mereka ‘mouse’ pertama untuk Apple dan juga Palm V. Tetapi persoalannya, bagaimana mereka melakukannya?

Rahsianya adalah pada sifat ‘Empati’ yang diaplikasi dalam pengurusan IDEO. IDEO bukanlah bermula dengan lukisan yang ‘cool’ atau hebat untuk sesebuah rekaan. Semuanya bermula dengan sifat empati yang mendalam. Cuba memahami masalah yang dihadapai oleh orang ramai dan dari situlah kemudiannya idea rekaan terhasil.

Antara latihan mereka untuk membentuk organisasi yang mempunyai sifat ini adalah permainan ‘Kehidupan Siapa?’. Salah seorang ahli organisasi akan diminta untuk meminjamkan beg tangan, beg kerja atau ‘backpack’nya untuk dinalisis. Sebelum berbuat demikian, tuan empuya barangan perlu mengalih segala bentuk benda yang mencatitkan namanya.

Seterusnya, sekumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang akan berkumpul dan memberi komen tentang perkara yang ada di dalamnya. Mereka akan membayangkan dan berbicang mengenai kehidupan tuan empunya barangan tersebut. Cuba mencari bagaimana kehidupan, kerjaya, emosi tuan barangan itu.

Contoh-contoh persoalan rahsia yang cuba dicungkil adalah adakah semua baranganya berkaitan dengan kerja, ataupun berkaitan kehidupan keluarga? Adakah empuya barangan mempunyai minat lain? Berapa banyakkah wang yang ada? Adakah si empunya ini membawa gambar? Dan pelbagai lagi rahsia.

Walaupun latihan ini tampak ringkas, tetapi inilah rahsia IDEO dalam menjadi sebuah syarikat yang uggul. EMPATI

Baca juga: Buku Rantaian Kenangan

Leave a Comment