free
hit counter

Teknik Belajar Yang Berkesan dan Sesuai untuk Pelajar

Masa sebelum peperiksaan adalah masa di mana anda sepatutnya perlu menjadikannya yang paling fokus pada apa yang perlu anda lakukan dan apa yang anda tidak patut lakukan. Dengan membuat demikian anda akan menggunakan masa anda dengan baik sebelum peperiksaan.

Ini dapat membantu anda mendapat gred yang baik selepas peperiksaan anda. Itulah sebabnya anda perlu tahu bagaimana untuk belajar dengan cara yang betul untuk menduduki peperiksaan.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk belajar. Bagaimanapun, ia adalah terpulang kepada kita untuk menilai dan memilih teknik yang sesuai. Di sini saya akan berkongsi bersama anda sedikit teknik belajar yang boleh anda amalkan untuk belajar sebelum mengambil bahagian dalam peperiksaan anda.

  1. Recopy [salin semula]
  2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck [semak semula]
  5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
  6. Sumarize [ringkaskan nota penting]
  7. Test your self [uji diri anda]
  8. Use [gunakan]
  9. Visualize [bayangkan selalu]
teknik belajar
teknik belajar

1. Recopy (salin semula)
Anda perlu menyalin semula nota yang anda sudah pelajari di dalam kelas. Boleh anda membuat demikian dengan mulakan membuat nota baru dengan sumber-sumber yang ada seperti buku teks atau rujukan. Lepas siap, boleh anda baca setiap perenggan dengan teliti kemudian salin semula perenggan yang hendak disalin.

Berulang proses ini dan anda akan dapat masuk ke otak untuk semua nota yang anda tulis itu.

2. Rework all model 5x (buat semula contoh/cepat/5 kali)
Melakukan latihan yang terdapat dalam buku teks, buku rujukan atau buku latihan secara berulangan. Ambil masa untuk membuat setiap ulangan dari semasa ke semasa dan semak jawapan setiap kali selepas latihan itu sudah dibuat.

3. Recite out loud repeatedly ( lafaz kuat dan berulang )
Cuba ulangi nota atau maklumat yang anda buat itu dengan menyebut dengan suara yang kuat dan berulang buat beberapa kali.

Boleh anda mulakan dengan menyebut perkataan sambil melihat nota yang ada. Kemudian teruskan dengan menyebut maklumat yang tulis dalam nota itu tanpa melihat ke atasnya.

Lepas tu, berikan nota yang anda tulis itu kepada kawan anda dan mulakan mengulang maklumat. Biar kawan anda tolong anda membuat pemeriksaan dengan nota yang ada padanya untuk memastikan sama ada maklumat yang anda beri itu adalah betul atau tidak.

4. Recheck ( semak semula )
Anda perlu semak semula latihan yang anda lakukan. Dengan cara ini anda akan jadi lebih yakin dengan jawapan yang diberikan dan mengesan kesilapan yang anda lakukan pada latihan.

Cara ini adalah satu cara yang sangat berkesan sekiranya diperaktikan bagi memperolehi jawapan yang paling tepat dan boleh digunakan semasa menghadapi peperiksaan nanti.

5. Reasonnableness ( jawapan berpatutan atau sebaliknya )
Pastikan jawapan yang anda beri adalah berpatutan atau sebaliknya. Pada peringkat ini anda perlu menganalisis ( membuat pengamatan ) terhadap jawapan yang diberikan. Semak sama ada jawapan itu adalah sesuai dengan kehendak soalan atau tidak.

6. Summarize ( ringkasan nota penting)
Apabila anda mempunyai banyak nota yang terdiri dari beberapa bab, ini akan mengakibatkan terdapat terlalu banyak perkataan yang perlu anda ingat. Ia mungkin akan jadi beban tambahan kepada anda sekiranya anda tidak dapat mencerna semua nota ini dengan baik.

Untuk selesaikan masalah ini, terdapat satu cara yang sesuai di mana anda boleh meringkaskan nota-nota yang ada pada tangan anda dengan kata kunci dan perkataan yang sesuai.

7. Test yourself (uji diri anda )
Kesilapan yang berlaku kepada keramaian pelajar dalam belajar diri adalah mereka tidak cuba untuk menguji pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari oleh mereka.

Bagi kebanyakan pelajar, mereka ingat latihan yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan sudah banyak cukup untuk mereka menghadapi dengan peperiksaan.

Tetapi ini memang bukan sesuatu yang benar. Selain daripada buku-buku yang disebutkan di atas, perlu juga anda cuba untuk menjawab soalan-soalan dari soalan-soalan ujian yang dikeluarkan tahun-tahun lepas kerana ianya memang dapat membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang sekiranya mereka dapat menjawab soalan-soalan secara meluas.

8. Use ( gunakan )
Gunakan masa yang senggang untuk tumpuan perhatian atas belajar dan bukan membazirkan masa dengan membuat kerja-kerja yang tak berfaedah.

Sekiranya terdapat banyak gangguan di rumah seperti ahli keluarga buka TV, dengar muzik dalam radio, atau adik beradik bergaduh yang selalu keluarkan suara yang kuat dan mengacaukan, maka anda mungkin perlu fikirkan untuk pergi belajar di tempat yang sunyi seperti perpustakaan awam.

9. Visualize ( bayang selalu )
Maklumat yang dipelajari dalam bentuk data adalah baik untuk diubah ke dalam bentuk visual. Dengan menggunakan cara ini, ia akan dapat memudahkan proses menyimpan dan mengingat maklumat bagi anda.

Baca juga: Kenapa Saya Memilih Menjadi Pensyarah Matrikulasi?

Leave a Comment