free
hit counter

5 Perkara Pelajar Harap daripada Seorang Cikgu

Selalunya apabila saya masuk ke kelas, saya harap semua pelajar dalam bilik itu sudah bersedia untuk belajar. Saya harap mereka sudah bawa alat tulis, buku tutorial dan bahan rujukan yang diperlukan untuk pelajaran mereka.

Mesti, dan pastinya, pelajar telah menyiapkan tutorial dan tugasan yang diberikan. Mereka juga sudah buat ulangkaji untuk kuliah terdahulu.

Tapi saya dah lupa apa yang saya inginkan daripada seorang guru sewaktu jadi seorang pelajar dahulu. Bila fikirkan balik, saya nak cikgu saya terima saya seadanya, pengajaran yang ringkas, tidak marah, sindir atau membebel.

Apa yang paling saya suka, kalau saya rasa cikgu itu mengajar topik yang tarik hati saya dalam kelas, maka saya akan rasa macam masa akan lepas dengan banyak cepat.

Macam sekejap sahaja loceng sudah bunyi. Maksud saya adalah subjek yang diajar oleh cikgu itu tidak membosankan langsung tetapi amat menarik hati untuk saya terus dengar dengan perhatian yang sepenuhnya.

Students and Teachers
Students and Teachers

Jadi, bagi guru-guru yang ingin pelajar berminat dengan pelajaran yang diajar oleh mereka. Perkara pertama yang perlu mereka fikirkan adalah mereka perlu tahu cara pengajaran mereka adakah betul dan berkesan. Adakah mereka dapat mempertingkatkan cara pengajaran mereka supaya ia jadi lebih menarik untuk dapatkan perhatian dari pelajar-pelajar dalam kelas untuk ikuti apa yang diajar oleh cikgu.

Ini adalah penting sebab jika pelajar-pelajar dalam kelas rasa cara pengajaran anda adalah sungguh bosan, mereka akan hilangkan semua minat untuk belajar dan mereka mungkin akan sia-siakan masa seluruh tahun tanpa dapat belajar apa-apa bun dari cikgu.

Maka, boleh kita kaji bersama apa yang diharapkan oleh pelajar terhadap cikgu. Berikut adalah 5 perkara di mana kebanyakan pelajar harap daripada seorang cikgu:

1. Saat-saat Kagum

Mungkin ciri-ciri yang paling hebat yang dapat dicapai oleh seorang guru adalah dia perlu menghormati pelajar. Itu sedikit berbeza dari ingin dapat penghormatan dari pelajar.

Saya tahu banyak guru yang ingin dapat penghormatan dari pelajar tapi tidak mendapatnya. Saya tidak boleh memikirkan siapa yang bekerja secara konsisten untuk menghormati pelajar yang tidak juga mendapat penghormatan balik dari pelajar.

Menghormati para pelajar bermakna memberi perhatian khusus kepada mereka, menjaga harga diri mereka, menunjukkan pertimbangan terhadap mereka, prihatin terhadap mereka, menghargai mereka, menjaling hubungan yang baik dengan mereka, mengagumi kekuatan mereka, dan menjaga mereka.

Orang muda adalah bermaruah dan diperkuat oleh penghormatan orang dewasa. Ketiadaan penghormatan tersebut akan menjadikan hubungan buruk antara guru dan pelajar. Cikgu yang biasa dibenci oleh para pelajar memang merupakan cikgu yang tidak beri hormat kepada pelajar.

2. Memahami Dunia Pelajar

Setiap tahun pada hari pertama sekolah, cikgu boleh bagi satu kerja rumah atau tugasan untuk ibu bapa pelajar masing masing.

Kerja rumah itu dipanggil “Karangan tentang saya”. Cikgu boleh meminta agar ibu bapa pelajar menulis karangan tentang anak mereka yang melindungi tentang kelebihan, kelemahan, minat, ketakutan, subjek kegemaran, sukan, hobi dan lain-lain.

Dengan membuat demikian, apabila cikgu rasa bimbang tentang seseorang pelajar, dia boleh rujuk balik kepada karangan yang ditulis oleh ibubapanya dan mengetahui sikit tentang dunia dan latar belakang pelajar itu.

3. Kepercayaan

Menghormati pelajar didasarkan pada kepercayaan guru dan dipamerkan melalui perkataan dan tindakan kita. Salah seorang guru terbaik yang saya tahu memberitahu saya tentang rakan sekerjanaya hampir setiap minggu dia akan berdiri di kawasan di mana pelajar-pelajar menaiki bas sekolah. Dia menyambut setiap pelajar dengan komen atau soalan dan berkata kepada setiap pelajar yang lalu, “Anda adalah pelajar yang boleh mengubah dunia.” Tidak syak lagi dia mendapati kepercayaan daripada semua pelajar yang dia ajar.

4. Sedikit Jenaka

Kadang-kadang guru boleh menjadikan pengajaran menjadi lebih lucu dengan memberitahu beberapa jenaka yang berkaitan dengan topik yang mereka ajar dalam kelas. Dengan itu, pelajar akan lebih mudah memahami dan mereka juga akan berasa senang untuk menyerap apa yang cikgu ajar.

Ia juga lebih menyenangkan bagi kedua-dua pihak apabila pelajar dan guru mempelajari perkara baru bersama-sama. Tugas cikgu, sudah tentu, untuk mengajar, tetapi mengapa proses itu tidak termasuk kegembiraan penemuan bersama?

Merendahkan diri, buat sikit jenaka setiap hari dan menikmati pengajaran dengan pelajar bersama-sama walaupun ia mungkin hanya untuk beberapa minit sahaja.

5. Persekitaran Bertenaga

Pelajar perlu perasaan yang baik tentang diri mereka sendiri. Dalam program tindakan positif, guru boleh membantu pelajar memahami bahawa orang mungkin berasa baik tentang diri mereka apabila mereka terlibat dalam tindakan positif. Ini dapat menjanakan persekitaran yang bertenaga positif bagi para pelajar untuk belajar dalam bilik lajar.

Semoga kita menjadi pendidik yang lebih baik.

Baca juga: Teknik Belajar Yang Berkesan dan Sesuai untuk Pelajar

Leave a Comment