free
hit counter

Tips Melancong Bersama Anak Kecil Anda

Melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara bersama-sama ahli keluarga tersayang merupakan aktiviti yang sangat bagus. Dalam masa yang sama dapat menikmati saat-saat yang indah dan mengembirakan.

Bagaimanapun sekiranya anda membawa anak kecil anda bersama-sama ketika melancong, anda sebagai ibu bapa perlu membuat senarai semak dan persediaan awal untuk anak kecil anda.

baby traveling

Kerenah dan ragam anak kecil tidak dapat dijangka sepanjang masa ketika melancong nanti. Lebih-lebih lagi sekiranya ini merupakan kali pertama anda pergi melancong bersama-sama anak kecil anda.

Anda perlu dan sentiasa bersiap sedia dengan apa juga keadaan dari segi fizikal dan mental apabila melancong bersama-sama anak kecil anda nanti.

1. Sediakan bekalan makanan dan minuman
Pastikan anda menyediakan bekalan makanan dan minuman kegemaran anak kecil anda. Packing snek kegemaran, buah-buahan, biskut dan roti untuk anak kecil anda di dalam bekas yang mudah untuk dicapai dan dicari ketika anak kecil anda merengek mahukannya. Anak kecil anda akan meragam apabila perutnya lapar atau mahukan snek kegemarannya.

2. Kelengkapan wajib anak kecil anda
Senaraikan keperluan yang wajib dan perlu dibawa ketika pergi melancong. Baju yang mencukupi, makanan dan minuman serta ubat-ubatan yang penting untuk anak kecil anda.

3. Ubat-ubatan asas
Anda boleh membawa ubat-ubatan yang asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit perut, dan apa sahaja ubat yang bersesuain dan mungkin diperlukan ketika bercuti. Simpan ubat-ubatan tersebut di dalam satu beg khas supaya mudah dicari dan untuk dijumpai ketika diperlukan.

4. Rancang
Anda hendaklah merancang perjalanan dan juga aktiviti-aktiviti ketika anda melancong. Supaya kualiti anda bersama-sama ahli keluarga anda terjamin dan tidak membosankan.

5. Barang mainan
Sekiranya anak kecil anda mempunyai barang mainan kesayangnya, jangan lupa untuk membawanya sekali. Buku warna atau bahan bacaan turut boleh dibawa sekali tetapi pastikan kuantitinya tidak membebankan anda.

6. Bawa pakaian tambahan dan lampin yang mencukupi
Sekiranya anda melancong dengan kapal terbang, pakai beberapa helai baju atas badan bayi yang boleh mudah tanggal jika bayi rasa terlalu panas. Atau pakai balik baju itu jika anak anda rasa terlalu sejuk. Bayi yang rasa sejuk akan menangis dengan tidak berhenti-henti.

Dan ingatlah, sama ada anda pergi melancong dengan kapal terbang atau kereta, sebarangan masalah boleh berlaku. Jadi adalah baik untuk anda selalu sediakan pakaian tambahan dan lampin dekat tempat duduk anda supaya mudah diakses.

7. Bassinet connection
Jika anda pergi melancong dengan kapal terbang, menempah tempat duduk yang mempunyai sambungan bassinet, dan tempat duduk berasingan untuk anak anda yang lebih tua, jika perlu. Semasa naik kapal terbang, bagi ibu atau bapa untuk ambil bassinet atau kerusi kanak-kanak angkat naik dulu.

8. Pastikan cuaca destinasi adalah sesuai
Pastikan cuaca dan suhu di destinasi yang anda tuju adalah sesuai. Keadaan iklim yang menyenangkan akan meningkatkan tahap keseronokan perjalanan bagi anda dan kanak-kanak.

9. Bagi mereka habiskan tenaga
Ia boleh menjadi sukar bagi sesiapa sahaja untuk duduk dalam masa yang panjang di tempat duduk sendiri dengan ruang yang terkurung di dalam kapal terbang. Ini menjadi sesuatu yang lebih susah untuk kanak-kanak duduk diam atas tempat duduk mereka buat sepanjangan penerbangan

Jadi, anda peru pastikan anda memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk berjalan-jalan dan lari-lari di tempat yang diizinkan. Sama ada di lapangan terbang, tempat perhentian, atau berjalan ke hadapan dan belakang di atas lorong kapal terbang.

10. Jangan pek terlalu banyak barang
Pasti anda ingin rasa selesa dan pada masa yang sama anda ada bawa semua keperluan untuk keluarga anda semasa bercuti. Tetapi perlu anda cuba untuk membezakan mana satu yang sebenarnya merupakan barangan keperluan dan mana satu yang bukan. Anda tidak akan mahu angkat 10 bagasi untuk check in di lapangan terbang yang sibuk.

11. Pergi bercuti pada hari yang bukan hari cuti
Jika boleh, cuba anda merancangkan untuk pergi bercuti pada hari yang bukan cuti. Sekiranya anda pergi bercuti pada masa yang bukan musim puncak cuti, maka lapangan terbang akan kurang padat dan kapal terbang biasanya tidak akan angkat penumpang dengan penuh.

Jadi, masa yang baik untuk anda merancangkan untuk pergi bercuti adalah hari Isnin-Khamis dengan pilih penerbangan anda pada waktu pagi yang biasanya kurang penumpang.

Anda juga perlu elakkan untuk pergi bercuti pada hari cuti yang berpanjangan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Christmas dan sebagainya.

Dengan cara ini, kerusi bassinet atau kerusi bersedia untuk berjalan, tetapi anda dan anak anda boleh menggunakan 30 minit tambahan ini untuk aktif berjalan dan bukan menunggu masa dengan duduk di atas pesawat yang sesak.

Baca juga: Berkunjung ke Padang Besar di Sempadan Perlis

Leave a Comment