free
hit counter

Tips Makanan Sahur Yang Paling kenyang Dan Bertahan Lama

Sahur adalah sangat penting terutama bagi ibu yang mengandung, pesakit gastrik, ibu yang menyusu, orang yang aktif, orang yang uzur, dan sebagainya.

Apakah makanan sahur yang paling bertahan lama dalam perut kita supaya kita tidak mudah berasa lapar, letih, dan tidak bermaya.

Jadi Apakah Jenis Makanan Yang Paling Baik Untuk Diambil Ketika Bersahur dan Untuk Ibu-ibu Yang Menyusukan Bayi Mereka?

1. Oatmeal

oatmeal
oatmeal

Oatmeal adalah antara makanan yang paling ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan bertahan lama di dalam perut kita.

Bila pilih oatmeal, adalah lebih baik bagi anda untuk pilih oatmeal yang berkhasiat dan sihat untuk badan kita berbanding memilih mee segera.

Oatmeal memilik kandungan serat yang tinggi serta mempunyai protein yang cukup untuk tubuh badan kita. Perut kita akan terasa kenyang dan turut menjadikan kita awet muda di samping memberikan nutrisi yang cukup sampai waktu berbuka.

Cara yang paling baik untuk makan oatmeal adalah makannya bersama dengan susu cair. Ataupun anda boleh mempelbagaikannya mengikut selera anda.

2. Telur

Telur boleh membuat kita jadi kurang lapar hingga waktu berbuka puasa. Telur adalah makanan yang sihat dan wajib diambil ketika sahur.

Telur adalah sumber protein dan tenaga untuk kita. Memakan telur membuatkan kita lebih kenyang dan mempunyai tenaga sampai waktu berbuka.

3. Kacang-kekacang

Kacang juga adalah sumber protein yang baik. Kacang sangat sesuai diambil ketika bersahur. Kacang mempunyai protein yang cukup tinggi hingga tidak terasa lapar.

Kacang juga membantu mengawal nafsu dan keinginan makan kita. Selain itu, kacang juga adalah kaya dengan serat, anti oksidan, vitamin b, dan zat besi yang cukup agar kita tidak llesu semasa berpuasa.

4. Avocado

Buah Avocado sangat ditakuti bagi mereka yang sedang diet. Ini adalah sebab buah ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Tetapi kandungan lemak dalam buah Avocado sebenarnya merupakan lemak yang baik dan boleh bermanfaat kepada badan kita. Buah ini memang bagus diambil pada waktu bersahur di mana ia boleh membantu untuk menahan rasa lapar dalam perut kita.

5. Epal

Buah epal sangat mudah didapati di mana-mana sahaja. Buah epal mampu membuat kita berasa kenyang dalam masa yang sangat lama. Manfaat buat epal menjadikan tubuh kita segar selama menjalani ibada puasa! Jadi memasukkan buah epal dalam menu sahur kita adalah satu kemestian.

Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak

Susu ibu menyediakan pemakanan yang optimum untuk bayi. Ia mempunyai jumlah nutrien yang mencukupi untuk bayi. Ia adalah mudah dicerna dan mudah didapati.

Walau bagaimanapun, kadar penyusuan ibu adalah serendah 30% dalam sesetengah kumpulan wanita. Walaupun sesetengah wanita tidak dapat menyusu sebab badan tidak dapat proses susu yang mencukupi, tetapi terdapat juga ibu memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka.

Namun kajian menunjukkan penyusuan susu mempunyai manfaat kesihatan utama demi kebaikan untuk ibu maupun bayinya.

menyusu bayi
sumber foto: wikimedia

Menyusu Anak Semasa Berpuasa

Bagi ibu yang menyusukan anak tetapi masih ingin berpuasa dengan penuh pasti memikirkan cara untuk tetap kekal bertenaga di bulan puasa. Perkara pertama yang para ibu ini risaukan adalah pengeluaran susu akan berkurangan disebabkan oleh keletihan pada bulan puasa.

Walaubagaimanapun, menurut kajian, berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu. Namun jika si ibu mengalami dehidrasi yang agak teruk maka pengeluaran susu akan jadi berkurangan.

Di bawah ini dikongsikan beberapa tips yang boleh jadi rujukan bagi semua ibu jika ingin menyusukan bayi mereka tanpa gangguan apabila berpuasa:

1) Lebihkan pengambilan air sekurang-kurangnya dua liter sehari. Mulakan minum air sewaktu berbuka puasa sehingga bersahur.

2) Para ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk mengambil madu setiap hari. Selain melancarkan pengeluaran susu, madu juga membantu meningkatkan serapan kalsium dalam badan. Pengambilan madu dapat membekalkan tenaga dan menambah stamina.

3) Ibu yang menyusu perlu banyak berehat dan mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang memenatkan.

4) Lebihkan makanan makanan yang cair seperti bubur dan sup. Secara tak langsung makanan jenis ini dapat juga membekalkan air.

5) Kurma juga membantu membekalkan tenaga segera kepada para ibu yang menyusukan anak.

6) Amalkan berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Elakkan makanan yang terlalu banyak gula atau garam dan juga elakkan dari mengambil makanan yang terlalu berminyak.

7) Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia akan menyebabkan badan kekurangan air atau dehidrasi ketika berpuasa.

8) Lebihkan makanan yang berserat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk mengelak dari terkena sembelit.

9) Utamakan diet yang tinggi kandungan protein seperti ikan, ayam dan sebagainya.

10) Rajin minum susu untuk menambahkan kalsium. Seeloknya bersahur dengan minum segelas susu.

11) Ambil supplemen atau vitamin sebagai makanan tambahan selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Dengan menyusu bayi, anda tidak perlu:

  • Bazir wang untuk beli susu formula.
  • Membuat anggaran berapa banyak susu bayi anda perlu minum setiap hari.
  • Ambil masa membersihkan dan mensterilkan botol susu.
  • Campurkan susu dan panaskan botol pada tengah malam.
  • Tumpu perhatikan atas memanaskan botol semasa dalam perjalanan.

Susu ibu sentiasa berada pada suhu yang betul dan bersedia untuk diminum bila-bila masa saja.

Semoga apa yang dikongsikan di sini bermanfaat untuk para ibu yang masih menyusukan anak mereka.

Baca juga: Resepi Rendang Lobster (Udang Kara) Versi Kuale

Leave a Comment