free
hit counter

Resepi Rendang Lobster (Udang Kara) Versi Kuale

Bulan lepas yang pergi ambil khusus di Kuching Sarawak dan menginap di sana selama satu minggu. Sewaktu saya balik dari Kuching, saya ada pergi beli dan bawa balik beberapa lobster (udang kara) untuk makan bersama seisi keluarga.

Saya beli lobster tu di Pasar Bako yang merupakan pasar yang dekat dengan terminal sampan untuk ke Taman Negara Bako, Kuching.

Harga yang dijual oleh penjual lobster itu adalah RM60 untuk satu kilo. Selepas tawar menawar, akhirnya saya dapat beli 9 ekor lobster tu dengan harga RM150. Saiz lobster yang saya beli tu bukan semua bersaiz sama. Ada pelbagai saiz dari kecil sampai ke sederhana.

fresh lobster
fresh lobster

Kali Pertama Saya Lihat Lobster Yang Benar

Kalau anda nak tahu, ini merupakan kali pertama bagi saya tengok lobster dengan mata saya sendiri. Dan saya rasa amat terkejut sebab udang kara yang saya tengok itu bukan bentuk yang sama macam yang saya bayangkan.

Saya bayangkan lobster adalah udang besar yang mempunyai kaki penyepit yang besar tapi, rupa-rupanya lobster Sarawak dan Sabah tak ada kaki penyepit yang besar tu.

Lobster yang ada kaki penyepit tu sebenarnya adalah lobster yang berasal dari cold-water. Dan lobster di Malaysia merupaka spesis dari spesis hot-water dan bentuknya memang tidak sama dengan yang dari cold-water tu.

Beli Udang Kara Yang Masih Hidup

Saya beli lobster yang masih hidup dan boleh bergerak. Mengikut penjual lobster tu, dia cakap semua ikan dan lobster dijualnya adalah baru saja naik dari bot nelayan yang baru sampai di jeti tadi.

Lepas beli lobster tu, saya ingat nak masukkan terus ke dalam peti ais. Tapi saya tak dapat lakukan sebab kaki lobster ni terlalu panjang. Mereka tak dapat muat ke dalam freezer rumah saya yang ada di Kuching tu.

Nak atau tak nak, saya tiada pilihan tetapi saya kena potong kaki dan sesunggut lobster ni sewaktu lobster tu masih hidup.

Saya berasa macam kejam sangat untuk lakukan sedemikian atas lobster yang kesian tu. Tapi pada masa tu saya memang tak ada ideal macam mana nak buat dengan lobster ni. Mereka susah nak mati.

Saya ada biarkan lobster itu berada dengan masa yang lama dalam sink, tapi mereka semua masih hidup dan bertenaga kuat. Akhirnya saya masukkan semua lobsters yang masih hidup terus ke dalam peti sejuk. Selepas beberapa jam, semua lobster tu sudah mati dalam freezer, dengan keadaan kudung. Rasa memang sorry kepada semua lobster yang terkorban tu. Minta maaf ya!

Oleh sebab saya nak bawa balik ke semenanjung, lobster tu harus beku dengan sepenuhnya. Kalau tidak, lobster akan jadi rosak.

Jadi untuk memastikan lobster tu beku sehingga sampai ke Kuala Kangsar, saya balut setiap lobster tu dengan wrapping plastic, kemudian simpan lobster tu di dalam foam box.

Lepas tu, foam box disimpan di dalam kotak kertas A4. Alhamdulillah, lebih kurang lapan jam di dalam foam box, lobster masih lagi dalam keadaan beku.

frozen lobster
frozen lobster

Belum masak kena basuh dan siang lobster dulu kan? Makanya saya belajar siang lobster dari internet dan rakan pensyarah yang pernah masak udang kara. Tapi akhirnya saya siang ikut cara saya.

Saya potong dua lobster tu, asingkan kepala dan ekor. Kemudian, untuk bahagian kepala saya belah kepala lobster bahagian atas dan bawah menggunakan gunting, supaya senang nak makan bila dah masak nanti. Untuk bahagian ekor pula, saya gunting bahagian atas ekor dan buangkan tali hitamnya.

Malaysian lobster
Malaysian lobster

Masakan Rendang Pedas

Lepas saya sudah selesai siang lobster, mak saya sambung dengan tugas memasak. Mak saya masak rendang pedas, seperti yang dicadangkan oleh bapa. Ini merupakan masakan versi tradisional.

Kalau di internet, ramai orang yang mengajar untuk masak butter lobster. Rendang pedas mak saya ni, resipinya sama je macam masak rendang pedas ayam. Bahan-bahannya bawang merah, bawah putih, halia, serai, kunyit dan 1.5kg santan pekat.

resipi rendang lobster
resipi rendang lobster

Cara masak rendang lobster ni pun sama je seperti masak rendang ayam. Mak saya tumiskan bahan-bahan ini dahulu, kemudian baru dia masukkan udang. Lepas dia masukkan udang, saya jadi tukang kacau sehingga la lobster tuu masak, iaitu bertukar warna kepada merah.

rendang udang kara
rendang udang kara
lobster sarawak
lobster sarawak
resipi lobster mudah
resipi lobster mudah

Tak sempat bagi saya untuk buat platting cantik-cantik. Lobster dalam gambar ni pun adalah bahagian yang terakhir. Yang lain tak sempat nak tangkap gambar sebab dah masuk dalam perut dulu. Rasa lobster macam udang, tapi lebih pejal dan lebih sedap. Rasa sekali, memang nak lagi.

Baca juga: Resipi Lasagna Mudah

Leave a Comment