free
hit counter

Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki

Apabila kita bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya ianya akan merujuk kepada kaum wanita. Itu sememangnya merupakan satu perkara yang biasa.

Apa yang menjadikan ia macam ini  adalah kerana apabila sebut pasal kecantikan, penjagaan, dan awet muda semestinya akan bersangkut paut dengan kaum wanita sahaja.

Itu belum lagi pula dengan tips-tips untuk diet yang seimbang, atau tips-tips yang mengenai tentang menjaga rambut, make up mata, kecantikan kuku, untuk buang selulit dan sebagainya.

Tetapi pada masa kini di dunia yang semakin moden yang kita tinggal ni, jangan sekali anda lupakan kaum lelaki yang juga ada banyak tips-tips dan petua-petua yang tersendiri untuk membuatkan mereka akan nampak macam muda remaja atau awet muda. Jadi lebih baiklah bagi kita sama-sama mari berkongsikan tips dan petua awet muda untuk lelaki di sini.

awet muda lelaki
sumber foto: awet muda lelaki

Tips dan petua-petuanya adalah.

Perkara yang patut dielakkan atau dijauhkan

1. Elakkan daripada merokok atau jauhkan diri anda daripada orang-orang yang merokok.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang sememangnya tagih dengan menghisap rokok tu, maka tidak bolehlah bagi anda buat apa-apa pun.

Untuk pengetahuan anda, asap yang dikeluarkan dari rokok adalah punca yang akan mempercepatkan proses penuaan bagi seseorang itu.

Ini adalah kerana asap daripada rokok tersebut akan menyerap kandungan oksigen yang ada pada kulit anda dan ianya akan melambatkan proses pembentukan sel-sel yang baru yang diperlukan untuk membuatkan wajah anda kelihatan muda selalu.

Sebaliknya, dengan pembentukan sel-sel baru yang lambat, wajah seseorang lelaki akan kelihatan pucat serta ianya akan mengundang garis-garis halus pada mata anda.

2. Elakkan dan jauhkan diri daripada memakan makanan yang kurang berkhasiat.

Antara contoh makanan yang kurang berkhasiat adalah seperti makanan ringan, mee segera atau mee maggi. Makanan segera juga termasuk seperti KFC, Pizza, MCD, Burger King , Subway dan yang sewaktu dengannya (harus diingat sekali-sekala tu bolehlah makan, akan tetapi janganlah jadikan ianya sebagai salah satu makanan asasi atau wajib bagi anda pula).

Antara Perkara yang bagus untuk diamalkan.

1. AMALKANlah untuk memotong kuku anda atau rambut anda hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain daripada itu,  juga adalah dinasihatkan semua lelaki untuk amalkanlah amalan untuk menanam kuku atau rambut yang telah dipotong atau yang gugur.

Ketika waktu anda bangun pagi, anda perlu mengamalkan petua ini terutamanya sebelum anda mandi. Urutkanlah wajah anda dengan air panas daripada bawah dagu anda hinggalah ke atas dahi anda dan diiringi dengan selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkanlah petua ini dengan seelok-eloknya setiap hari dengan cara urutan ini. Insya Allah anda pasti akan kelihatan jauh lebih muda bila sudah buat sedemikian dalam masa yang pendek.

2. Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam makanan anda. Ini adalah kerana ulam-ulaman adalah sangat bagus untuk kesihatan badan anda.

Ianya sememangnya mengandungi banyak serat (fiber) dan ianya juga kurang dengan kalori. Selain daripada itu, ianya juga amat kaya dengan vitamin C, vitamin A , asid folik dan zat galian yang amat sangat diperlukan untuk membantu dalam pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda anda yang sihat.

3. Bersenam atau bersukan. Amalan bersenam atau bersukan secara teratur juga akan dapat membantu mengekalkan kecergasan dan ianya juga boleh mengurangkan stress yang ada.

Adalah dinasihat untuk seseorang lelaki untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dan setiap kali sekurang-kurangnya perlu bersenam tidak kurang dari 30 minit.

Anda boleh pergi jogging, berenang, main bola atau buat apa-apa senaman yang boleh anda berpeluh dengan banyak. Jika bersenam dengan melakukan gerakan yang ringan, maka kesannya akan bukan ketara sangat.

4. Mengamalkan amalan membaca doa-doa dan surah-surah yang pastinya elok untuk awet muda. Sebab tuhan akan melihat dari jauh dan boleh merasai apa yang anda fikirkan. Tuhan akan memberi penjagaan yang khas kepada anda sekiranya anda selalu berdoa dengan hati yang ikhlas.

5. Sentiasa berfikiran positif dan tenang dalam menghadapi tekanan atau stress.

Mengurangkan stress dan mengurusnya adalah sesuatu yang boleh dicapai sekiranya anda menguruskannya dengan baik. Mengambil tekanan dan memenangi adalah cara yang baik untuk tidak lagi menjadi mangsa dari tekanan.

Apabila anda mengatasi tekanan, anda akan mengatasi penuaan. Anda boleh belajar bagaimana untuk mengurangkan stres secara berkesan, supaya anda dapat mengurangkan kesakitan kronik dan mengekalkan kulit anda selalu kelihatan muda.

Tekanan dan kesakitan kronik berjalan lancar, tetapi berita baik adalah bahawa ia berada di tangan anda, dan anda boleh membuat perbezaan apabila anda memahami sambungan dan mengambil tindakan terhadap tekanan.

Intinya ialah apabila seseorang lelaki rasanya dia nak kekal muda, dia perlu memahami stress kronik dan faktor yang menyebabkannya hanyalah sebahagian daripada gambaran keseluruhan.

Tetapi apabila anda memahami hubungan kausal antara tekanan dalam hidup anda dan rasa anda macam menjadi tua dengan cepat, maka anda sudah bersedia untuk menghadapinya. Hanya apabila anda benar-benar berhadapan dengannya, anda akan melihat pengurangan penuaan atas badan anda.

Itulah tips yang saya nak kongsi bersama dengan anda semua. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Leave a Comment