free
hit counter

Bagaimana Menarik Lebih Banyak Energi Positif

Apabila mood anda baik dan mempunyai minda yang tenang, anda bebas daripada sebarang gangguan dan anda nampak lebih stabil, maka apabila anda berada dalam ketenangan dan anda menarik energi(tenaga) positif. Dalam erti kata lain, apabila anda bersikap sebaliknya, hasilnya adalah anda mencipta energi negatif.

Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan ketenangan dan sentiasa dalam kesedaran positif yang konsisten, paksalah diri anda untuk membuang semua pemikiran negatif dalam setiap perkara.

Berikut adalah 5 cara untuk menarik energi positif:

1. Fikir positif dalam setiap tindakan

Anda harus faham bahawa situasi baik dan buruk adalah hasil daripada persepsi dalam minda anda. Jangan terpengaruh dengan pemikiran tersembunyi yang kadang-kala menghalang tindakan anda sehingga anda takut kepada kegagalan. Ketakutan ini adalah manifestasi yang akan membuatkan anda hilang semangat jika anda tidak melawan kembali untuk mendapatkan kekuatan. Apabila anda berhadapan dengan pemikiran negatif dalam suatu situasi, ubahlah ia kepada tindakan positif dengan segera sehingga anda mendapat apa yang anda inginkan.

2. Ikut Aliran Kehidupan

Jangan paksa diri anda untuk melawan arus kehidupan. Lebih banyak anda melawan, lebih banyak anda akan menderita untuk mengawal aliran. Apabila anda cuba untuk mengawal aliran, lebih banyak tekanan anda dan ini akan menghasilkan lebih banyak energi negatif dan membuatkan anda dalam keadaan susah. Benarkan diri anda untuk bergerak bersama aliran semasa dan kekal bertenang untuk mencipta lebih banyak energi positif dan bergembiralah dengan kehidupan anda.

3. Layan orang lain seperti anda melayani diri anda

Mulakan hari anda dengan melayani rakan-rakan dengan senyuman, ucapkan salam kepada sesiapa sahaja dan berikan mereka dorongan dan galakan. Jika anda hendak dilayani dengan baik oleh orang lain, layanilah mereka dengan baik.

4. Ketawa untuk kegembiraan

Kata orang, “Ketawa adalah ubat terbaik” adalah benar dan mengajar anda untuk sentiasa bergelak ketawa dalam semua situasi. Kajian menunjukkan bahawa ketawa adalah cara terbaik dan termudah untuk mengatasi mood tidak baik dan penahan sakit semulajadi. Senyumlah dan dunia akan senyum kembali kepada anda. Apabila anda ceria, minda anda penuh dengan penampilan positif dan anda rasa tenang setiap masa.

5. Mencari bantuan semulajadi

Jika anda ingin menarik energi positif, ia semuanya diberi oleh alam semulajadi. Lihatlah bunga yang cantik, pokok-pokok, sungai dan burung beterbangan di udara, dan anda menikmati suasana nyaman dengan pergerakan angin yang menggerakkan daun-daun pokok. Dengan melihat segala ciptaan Tuhan di sekeliling anda, anda boleh meningkatkan energi positif dalam kehidupan anda.

Anda boleh menambah beberapa cara lain untuk menarik energi positif dalam hidup anda, walau bagaimanapun tip-tip di atas adalah cukup untuk membuatkan anda sedar bagaimana anda boleh mencapai ketenangan apabila minda anda diisi dengan pemikiran positif.

Berfikiran Positif di Tempat Bekerja

Sebagai Pengurus, staf anda melihat anda sebagai tempat rujukan dan juga kepimpinan, jadi mereka tahu ke mana hala tuju suatu matlamat. Walau bagaimanapun, kita semua adalah manusia biasa. Kita semua dipengaruhi oleh tekanan hari demi hari yang kita tidak boleh terlepas daripadanya.

fikiran positif

Kehidupan ini kadang-kadang boleh membuatkan kita jatuh, namun lambat laun kita bangkit semula. Kadang-kadang ia berlaku dengan pantas, ada juga yang lambat berlaku. Terdapat satu perkara yang cukup berkesan yang mana kita selalu terlepas pandang. Ia adalah berfikiran positif.

Pemikiran positif boleh membantu anda merealisasikan suatu yang anda rasa mustahil. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu mengekalkan sikap positif.

Kenalpasti pemikiran supaya ianya sempurna, tanpa menjangka tentang hasilnya. Setiap kali anda memikirkan suatu, perhatikan tentang pemikiran itu dan lihat sekiranya ia berjaya diatasi. Anda akan terkejut melihat bahawa ada cara lain untuk menyelesaikan suatu tugas pada suatu masa tertentu.

Jika anda tidak suka hasilnya, ambillah penyelarasan yang sesuai untuk mengubah situasi itu. Kegagalan tidak semestinya adalah perkara yang negatif. Gunakan kegagalan itu untuk belajar dan berkembang serta tidak melakukan perkara yang sama lagi.

Masukkan unsur jenaka pada permulaan pemikiran dan ketawalah. Anda akan mendapati diri anda rasa seronok. Jenaka adalah amat menarik. Orang yang tertekan dan negatif boleh jadi seronok dan riang. Anda menjadi daya motivasi untuk staf-staf anda.

Ada bos yang suka marah-marah walaupun kerana suatu perkara yang tidak masuk akal. Jadi, apabila staf mendengar, mereka tertawa. Kehidupan ini menjadi sangat pendek apabila seseorang bersikap serius selalu. Pada suatu waktu dan masa, kita memerlukan suatu untuk mengembirakan hati.

Ada orang yang berfikiran bahawa semua benda dalam hidupnya adalah teruk belaka. Walaubagaimanapun, pemikiran negatif menarik hasil negatif. Pemikiran positif menarik hasil positif. Orang negatif menarik orang negatif dan orang positif menarik orang positif. Ia adalah prinsip yang mudah. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Jika anda ada sikap positif, secara asasnya anda boleh lakukan apa sahaja. Semuanya bergantung kepada apa yang anda fikirkan. Daripada pemikiran, datanglah perasaan dan terus kepada tindakan. Kemudian, datanglah hasilnya. Semua yang berlaku adalah daripada keizinan Allah S.W.T.

Leave a Comment