free
hit counter

15 Tips Menarik Perkara Dihajati Supaya Menjadi Kenyataan

Adakah pernah anda fikir macam mana anda dapat memperolehi sesuatu yang dulu adalah impian tetapi kini sudah jadi milikan anda?

Milikan ini mungkin adalah rumah, kereta, atau kerjaya yang anda berhasrat untuk dapat. Milikan itu juga mungkin merupakan anda dapat berkahwin dengan seseorang yang anda cinta, mempunyai anak-anak yang comel, dan keluarga yang bahagia.

jadi kenyataan

Jawapannya bagi keramaian orang pasti pernah perbezaannya cuma sama ada anda sedar atau tidak anda sudah berjaya menarik kemahuan atau kehendak anda untuk menjadi kenyataan, yang dinikmati oleh anda pada masa kini.

Di bawah adalah 15 tips yang boleh anda pakai untuk mencapai kehendakan anda atas segala hajat yang anda berhasrat untuk capai.

Anda tidak semestinya untuk mengamalkan kesemua 15 petua ini, tetapi ia adalah baik untuk anda fikir dan boleh anda jadikannya sebagai peringatan di kala anda semasa berasa kecewa dan putus asa.

1. Mengenang kejayaan lampau

Jadikan kejayaan masa lalu sebagai rangsangan. Kita pernah berjaya, bagaimana kita dapat mencapainya pada masa itu? Apa langkah kita, siapa orang disekeliling kita. Apa halangan kita hadapi pada ketika itu dan bagaimana kita hadapinya. Menyegarkan ingatan kita sebegini akan memberi idea dan buah fikiran baharu untuk kita mencari jalan mencapai kejayaan semasa.

2. Gagal merancang bererti merancang kegagalan

Apa rancangan kita? Tiada jawapan? Tanya pula diri kita apa perkara kecil yang boleh kita lakukan sekarang, hari ini juga, yang boleh mendekatkan kita dengan hajat kita. Mustahil tiada satu pun yang boleh kita lakukan. Walaupun sebuntu mana kita, kita masih akan sentiasa mampu berdoa. Doa itu juga adalah langkah kita untuk mencapai kejayaan kita.

3. Semaikan minat dalam setiap sesuatu yang kita lakukan

Setiap perbuatan yang dilakukan secara sukarela dan penuh minat pasti mempunyai hasil yang berbeza dengan sesuatu yang dilakukan secara terpaksa. Jika kita mahukan sesuatu hajat, tapi tidak mempunyai kesungguhan dan minat dalam melakukan perkara yang boleh membantu kita mencapai hajat tersebut, itu mewujudkan satu sifat yang bertentangan antara satu sama lain.

4. Kegagalan merupakan satu kemungkinan

Kadang kala kejayaan itu bukan datang dengan langkah demi langkah. Kadang kala kejaya datang setelah kegagalan bertimpa – timpa. Setiap kegagalan rupanya membuka mata kita ke arah kemungkinan dan jalan alternatif yang boleh kita guna untuk mencapai matlamat kita. Kegagalan memang akan menyebabkan perasaan negatif datang. Rasa hampa, sedih dan putus asa. Cuba cari ruang untuk memandang kegagalan itu sebagai satu peluang baharu.

5. Ambil pengajaran

Jadikan setiap kegagalan mempunyai nilai tersendiri. Setiap yang terjadi ada pelajaran di dalamnya. Jika kita menghajati sesuatu, dan masih gagal memperolehinya, sentiasa muhasabah diri dan ambil pengajaran atas kekurangan kita yang menghalang hajat kita tercapai.

6. Sentiasa bersedia

Kebiasaanya kita akan dengar, peluang hanya akan muncul kepada orang yang sentiasa bersedia. Hakikatnya peluang tiba di setiap ketika, cuma kebanyakan masa kita terlepas kerana kita belum bersedia untuk menghadapinya. Begitu juga jika kita ditimpa sesuatu yang tidak diingini. Sentiasa bersedia untuk hari – hari yang mungkin terburuk bagi kita.

7. Sayangi, patuhi dan hormati masa

Masa adalah satu – satunya aset yang sentiasa berkurang, tidak boleh diulang dan tidak dapat diletakkan nilai padanya. Setiap saat berharga. Sekiranya kita menganggap it sebagai sesuatu yang berharga, maka kita akan sentiasa menghargainya. Jika kita tidak mahu orang lain mencuri masa kita, maka janganlah kita mensia-siakan masa orang lain. Hargai masa untuk meningkatkan produktiviti.

8. Tetapkan sasaran

Biarlah sasaran yang kita hajati itu jelas. Jika kita kata kita hendak kaya, apakah maksud kaya bagi kita? Rumah besar? Jadi kita bukan hendak kaya, tapi kita hendak rumah besar. Kereta besar? Sekali lagi, orang yang tidak kaya pun ada kalanya bertuah memenangi kereta besar. Lebih jelas matlamat kita lebih mudah ia dicapai. Kaya? Hanya satu kata sifat. Rumah besar? Hanya satu objek. Rumah dua tingkat di sekian lokasi dengan sekian harga yang dibina oleh sekian pemaju? Itu lebih terperinci. Itulah matlamat.

9. Kawalan diri

Ada kalanya kita mahukan sesuatu yang material. Sebenarnya kita telah mampu memilikinya. Tapi oleh kerana kurang kawalan diri, kita telah menggunakan sumber yang kita ada (duit, masa, tenaga) ke arah lain yang menanngguhkan kita dari mencapai matlamat asal. Cara yang terbaik ialah mencapai setiap impian satu demi satu. Mulakan dengan yang kecil, dan beralih kepada yang lebih besar setelah matlamat tersebut dicapai.

10. Risiko, pagar yang memakan padi?

Ada kalanya risiko menakutkan kita untuk mengambil tindakan. Tapi ada kalanya risiko merupakan mekanisma kawalan yang baik untuk kita bertindak. Sejauh mana risiko sesuatu tindakan dan apa yang akan kita perolehi sekiranya tindakan itu diambil. Berbaloikah. Tabiat mengkaji risiko adalah satu tabiat yang baik dan praktikal untuk mencapai sasaran.

11. Nilai sendiri pencapaian kita

Kita berjaya, setiap masa. Cuma kadang kala kita mengambil remeh kejayaan ‘kecil-kecilan’ ini. Jadikan setiap perkara mempunyai nilai. Nilaikan setiap kejayaan kecil ini untuk menentukan sejauh mana lagi kita perlu pergi untuk mencapai matlamat. Sebagai contoh kita mahu mengumpul RM10,000.00. Jadikan setiap sepuluh ringgit yang berjaya kita tabung itu satu kejayaan, dan kayu ukur sejauh mana lagi kita akan perlu menabung.

12. Komunikasi berkesan

Komunikasi berkesan bermula dengan komunikasi kepada diri sendiri. Terangkan kepada diri hajat yang kita inginkan. Kenapa ia perlu dicapai, apa faedah apabila ia dicapai, bagaimana ia perlu dicapai. Setelah kita benar-benar faham matlamat kita, sebarkan kepada orang lain, bermula dengan yang paling rapat. Mana tahu ada antara mereka yang boleh menlakukan sesuatu untuk membantu kita mencapainya.

13. Yakin

Walaupun belum tercapai, kita harus yakin bahawa kita akan mencapainya. Keyakinan pada diri sendiri inilah yang mempengaruhi orang lain untuk yakin kepada kita. Jika kita meragui diri sendiri, hampir mustahil kita boleh merealisasikan apa yang dihajati.

14. Ambil teladan dari penggerakan air

Air tetap mengalir, jika ruang terbuka, walau sekecil mana. Ini kerana kebolehannya menyesuaikan diri, dan sentiasa mencari jalan untuk bergerak dan mengalir. Bagaimana pula dengan air mineral dalam botol? Air mineral dalam botol telah menjadi air bernilai, sehingga ia tidak perlu mencari jalan untuk mengalir, sebaliknya dicari pula oleh manusia.

15. Jangan malu untuk minta bantuan

Kita lemah, secara semulajadi. Atas kelemahan itulah kita memerlukan pertolongan, dari Pencipta dan sesama makhluk. Orang yang ingin mencapai matlamatnya perlulah tidak segan memohon bantuan, dan tidak pula menunggu setelah berjaya untuk menghulurkan tangan meminta bantuan.

Leave a Comment