free
hit counter

Reload dan Semak Baki Dengan Touch ‘n Go Online

Adakah anda tahu bahawa sekarang anda sudah boleh reload atau semak baki kad Touch ‘n Go anda dalam talian? Dengan servis yang diperbaharui dalam aplikasi TNG eWallet itu, sekarang anda juga boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go anda secara online.

Servis ini adalah dibekal dan diurus oleh TNG Digital. Ia merupakan sebuah anak syarikat yang mempunyai gabungan dengan Touch ‘n Go dan Alipay.

eWallet Touch n Go

PayDirect TNG eWallet

Aplikasi Touch ‘n Go sudah tambah dengan perkhidmatan PayDirect. Dengan servis yang disediakan ini, ia dapat memudahkan semua pengguna kad TNG semasa mereka pandu kereta mereka melalui tol tanpa perlu reload kad Touch ‘n Go mereka. Asalkan mereka ada muat aplikasi eWallet, yuran tol akan ditolak dari baki yang ada di dalam.

Sekarang terdapat banyak lebuh raya yang ada terima servis PayDirect ini.

Boleh anda rujuk ke senarai ini untuk mengetahui lebuh raya yang sokong servis ini:

  • Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  • Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
  • Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP)
  • Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
  • Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  • Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Maju Expressway (MEX)
  • Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • PLUS (JITRA ONLY)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  • Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
  • Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  • Besraya Expressway (BESRAYA)
  • Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
  • Butterworth Kulim Expressway (BKE)
  • Butterworth Outer Ring Road (BORR)

Tambah Nilai

Dulu jika nak tambah nilai, kita perlu berhenti di tol-tol tertentu yang ada membekalkan perkhidmatan tersebut atau pergi ke stesen minyak untuk membuat demikian.

Tapi sekarang dengan adanya aplikasi eWallet, ia sudah memudahkan semua pengguna di mana kita cuma perlu muat turun aplikasi ini dan menghubungkan kad kredit atau kad debit kita untuk tujuan tambah nilai.

Jika anda masih belum pakai aplikasi eWallet yang baru ini, boleh anda muat turun dalam telefon pintar anda sekarang sebab ia pasti dapat memudahkan anda.

Cara untuk tambah nilai e-Wallet Touch ‘n Go:

  1. Pastikan anda sudah pasang aplikasi e-Wallet dalam telefon pintar anda. Sekiranya masih belum, boleh anda rujuk ke link di bawah untuk muat turun dan pasang.
  2. Selepas anda sudah pasang, boleh anda masuk ke dalam aplikasi dan daftar satu akaun.
  3. Lepas berjaya daftar, boleh anda gabungkan kad kredit atau kad debit dalam aplikasi itu.
  4. Masukkan nombor kad fizikal Touch ‘n Go ke dalam aplikasi eWallet.
  5. Anda boleh guna kad kredit, kad debit, online banking atau beli pin nombor dengan penjual yang sah untuk tambah nilai.
  6. Membuat pemindahan amaun yang anda nak ke Touch ‘n Go dengan masukkan nombor kad TNG anda.
  7. Lepas berjaya membuat pemindahan, dalam masa 24 jam anda perlu buka aplikasi ini barulah balance yang anda masukkan akan ditunjuk dalam aplikasi itu.
  8. Kalau anda tidak masukkan kad ke aplikasi ini dalam masa 24 jam, duit yang anda pindah ke kad Touch ‘n Go ini akan dipindah balik dan masuk semula ke e-Wallet.

Fungsi Lain Yang Boleh Anda Pakai

Aplikasi ini bukan saja boleh anda pakai untuk tambah nilai, ia juga boleh digunakan untuk membuat pemindahan nilai antara pengguna Touch ‘n Go yang lain.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakannya untuk membayar bil, menempah tiket penerbangan, membeli tiket wayang, membuat bayaran di tempat makan yang ada link dengan eWallet dan sebagainya.

Pengguna juga boleh pakai aplikasi ini untuk memindahkan nilai ke kad fizikal Touch ‘n Go  dengan menggunakan panel khusus untuknya.

Sokongan Kod QR

Terdapat juga kod QR pada aplikasi ini yang boleh anda buat bayaran dengan scan kod QR itu jika anda beli atau makan di tempat-tempat yang ada link dengan eWallet.

Maka jika anda lupa untuk ambil dompet keluar berjalan-jalan, anda masih dapat beli barang dan makan di restoran  tanpa perlukan wang tunai.

touch n go website

Untuk RFID

Sekarang semakin banyak tol-tol di lebuh raya yang dibina dengan kemudahan tag RFID. Ia merupakan inisiatif baru yang diusahakan oleh syarikat Touch ‘n Go untuk membolehkan penggunaan lebuh raya bayar tol dengan RFID.

Dengan kemudahan yang disediakan ini, ia dapat mempercepatkan kereta untuk lalu semasa kereta mereka melalui tol-tol yang mempunyai kemudahan RFID. Ini dapat kurangkan kesesakan untuk menunggu di depan tol.

Aplikasi ini disediakan untuk Android atau iOS, anda boleh muat turun dengan link yang disediakan.

Boleh anda kunjungi ke portal rasmi Touch ‘n Go untuk mengetahui dengan maklumat yang selanjutnya.

Baca juga: Wang Tidak Dituntut – Adakah Ia Punya Anda?

Leave a Comment