free
hit counter

Wang Tidak Dituntut – Adakah Ia Punya Anda?

Wang yang tidak dituntut di Malaysia macam semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sekarang WTD di Malaysia sudah mencapai RM 10.862 billion!

Untuk membantu semua orang membuat semakan dengan cepat, cekap dan tepat, Jabatan Akauntan Negara sedang dalam proses membangunkan perisian sistem dalam talian.

JANM sedang dalam proses untuk menyediakan satu sistem untuk memudahkan semua rakyat Malaysia buat semakan wang tak dituntut secara online. Namun walaupun sudah 2 – 3 tahun sebut tentang sistem itu, sampai sekarang masih belum muncul lagi.

Yang diketahui adalah sistem ini sedang menjalani ujian tekanan dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan sistem selepas data dimuat naik ke dalam sistem ini.

wang tidak dituntut

3 Kategori Wang Tak Dituntut

Secara umumnya, WTD itu boleh dimasukkan dalam 3 kategori yang besar.

Pertama – wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun, termasuklah:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Kedua – wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun, contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Ketiga – wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun, seperti:

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965, pengeluaran arahan tetap oleh pemegang akaun boleh diterima oleh institusi kewangan sebagai urusan dikendalikan oleh empunya.

Antara yang wajib mematuhi akta tersebut adalah:

Tempoh tujuh (7) tahun yang ditetapkan dalam Akta bermaksud bermula dari tarikh arahan tetap terakhir yang dikeluarkan oleh pemegang akaun.

Baca juga: 14 Lokasi Untuk Membuat Semakan WTD Secara Manual

Pendaftar WTD

Pendaftar Wang Tak Dituntut bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan WTD seperti:

  1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

Panduan Permohonan WTD

  • Sekiranya permohonan anda dapat dibuktikan oleh Pendaftar WTD bahawa anda merupakan empunya yang sah, permohonan anda akan diluluskan dan bayaran akan dibuat melalui Akaun Hasil Disatukan atau Akaun Amanah Disatukan.
  • Perlu anda tahu bahawa ia tidak ada tarikh tamat tempoh bagi permohonan tuntutan wang tak dituntut itu.
  • Bila membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan semua dokumen dan bukti-bukti yang dapat membukti bahawa anda merupakan empunya sah untuk waris wang yang tidak dituntut itu.
  • Pendaftar WTD ada mengemukakan syarat-syarat dan garis panduan untuk memohon WTD itu. Dokumen yang diperlukan juga ada disenaraikan. Maka adalah baik untuk anda pergi baca dan faham dengan semua garis panduan sebelum anda membuat permohonan.

Cara Untuk Membuat Semakan Secara Online

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, boleh anda muat turun semua dokumen dan borang berkenaan di portal rasmi JANM.

Sila layar ke portal rasmi JANM untuk dapatkan semua maklumat yang anda perlukan.

Jadi apa yang dikongsikan di atas merupakan maklumat yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin membuat semakan online atau proses bayaran balik.

Semua permohonan bayaran balik yang dibuat tidak akan dikenakan sebarang caj. Semua ni adalah percuma.

Jangan Kena Tipu Oleh Agen Yang Tidak Sah

Kementerian Kewangan sudah mengumumkan bahawa mereka tidak melantik sesiapa pun atau mana-mana pihak sebagai agen untuk sebarang urusan menuntut wang yang tidak dituntut. Jadi, jangan anda kena tipu jika ada orang cakap ada bekalkan servis macam ini.

Jika anda terdapat sesiapa yang ada membekalkan servis macam ini, perlulah anda hubungi JANM dengan segera supaya pihak kerajaan dapat ambil tindakan yang berpatutan dengan segera.

14 Lokasi Yang Boleh Anda Buat Semakan

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PUTRAJAYA
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62594 Putrajaya
Tel : 03 – 8882 1000
Faks : 03 – 8882 1042
Emel: maklumbalas[at]anm[dot]gov[dot]my
Laman Web: http://www.anm.gov.my/index.php

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT JOHOR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru.

Tel : 07-224 9244
Faks : 07-223 9322
Emel: pneg_jhr[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT PERLIS

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-976 2766
Fax : 04-976 2668
Emel: pneg_per[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT KEDAH

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
Aras G & 4, Zon C,
Wisma Persekutuan Anak Bukit,
06550 Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah Darulaman.

Tel : 04-700 1000
Faks : 04-700 1011/1068
Emel: pneg_kdh[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT PENANG

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
Faks : 04-2555 577
Emel: pneg_png[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT PERAK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah,
30990 Ipoh Perak.

Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
Faks: 05 – 241 1343
Emel: pneg_prk[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SELANGOR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-55205200
Fax : 03-55105049
Emel: pneg_sgr[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT NEGERI SEMBILAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-768 6800
Faks : 06-761 9027
Emel: pneg_nsb[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT MELAKA

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka.

Tel : 06-289 5000
Faks : 06-234 5201
Emel: pneg_mlk[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT PAHANG

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
Jalan Bank,
25000 Kuantan, Pahang.

Tel : 09-565 5802
Faks : 09-516 4931
Emel: pneg_phg[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT TERENGGANU

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tel : 09-627 8200
Faks : 09-622 2137
Emel: pneg_trg[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT KELANTAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
15990 Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-746 0200
Faks : 09-747 5484
Emel: pneg_kel[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SABAH

JANM Cawangan Negeri Sabah
Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
Likas Beg Berkunci No. 2053
88594 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
Faks : 088-210 828
Emel: pneg_kki[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Keningau
Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
89009 Keningau, Sabah
Tel : 089-668331
Faks : 089-668384
Emel: pcaw_sdk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Labuan
Persekutuan Labuan
Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
Peti Surat 80622,
87016 W.P Labuan.

Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
Faks : 087-419 536
Emel: pcaw_lab[at]anm[dot]gov[dot]my

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SARAWAK

JANM Negeri Sarawak
Tingkat 6,
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga,
93594 Kuching, Sarawak.

Tel : 082-254 144
Faks : 082-256 991
Emel: pneg_kch[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sibu
Wisma Persekutuan Blok 1,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak.

Tel : 084-332 053
Faks : 084-323 824
Emel: pcaw_sib[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sarikei
No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
Jalan Bersatu,
96100 Sarikei, Sarawak

Tel : 084-654 032 / 654 043
Faks : 084-652 087 / 320 535
Emel: pcaw_srk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sri Aman
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Kejatau,
95000 Sri Aman, Sarawak.

Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Emel: pcaw_sri[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Kapit
Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
Jalan Kapit By -Pass,
96800 Kapit Sarawak.

Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
Faks : 084-797 620
Emel: pcaw_kpt[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Bintulu
Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak.

Tel : 086-312741
Faks : 086-312763
Emel: pcaw_btl[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Limbang
Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
Jalan Tarap
98700 Limbang, Sarawak.

Tel : 085-212 355 / 212773
Faks : 085-212 624
Emel: pcaw_lbg[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Miri
Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
Jalan Brooke,
98000 Miri, Sarawak.

Tel : 085-442 180
Faks : 085-423 103
Emel: pcaw_mir[at]anm[dot]gov[dot]my

Baca juga: Ke Mana Duit Saya Hilang

Leave a Comment