free
hit counter

The 29 List of Zamrud: Berkahwin sebelum 30 tahun

Jodoh itu pasti. Tapi di mana, bila dan bagaimana adalah rahsia Allah. Pada usia kita 6 bulan di dalam rahim ibu, Allah telah menetapkan ajal maut, rezeki dan jodoh kita. Saya masih lagi tercari-cari siapa jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Teringin sangat mengenali dirinya.

Wish list yang ada pada saya dan apa yang saya senaraikan di tempat pertama adalah untuk berkahwin sebelum umur 30 tahun.

Saya harap sangat keinginan ini akan menjadi kenyataan. Terasa kekurangan apabila melihat semua kawan-kawan sepermainan sudah berkahwin dan mendirikan rumah tangga.

Banyak kali bagi saya menghadiri majlis walimatul urus mereka kadang-kandang membuatkan hati saya sayu. Lebih sebak lagi apabila murid sendiri yang menjemput untuk menghadiri ke kenduri kahwin mereka.

Jodoh saya
Saya harap dapat berkenalan dan berkahwin dengan Si Dia pada tahun ini. Dulu, sebelum saya jadi guru, saya ada tanggapan bahawa guru akan kahwin pada masa muda. Sebab saya tengok macam semua jejaka-jejaka Malaya nak cari isteri yang merupakan seorang guru.

Malah, aktor kacak bergaya, Fahrin Ahmad pun mencari jodoh seorang guru juga. Tapi rupa-rupanya jodoh itu bergantung kepada rezeki masing-masing.

Saya pernah dengar orang kata, kalau jodoh tak datang, kita kena cari dengan diri sendiri. Tapi macam mana nak cari jodoh, takkan dia akan jatuh dari langit atau wujud di katil anda pada keesokan hari apabila anda bangun dari tidur.

Dari zaman sekolah, ke zaman universiti dan hinggalah sekarang, rasanya kawan yang saya kenal yang berjantina lelaki tak sampai sepuluh orang pun. Dan kebanyakan daripada mereka pun sudah lama saya tidak berhubungi.

Jadi, macam mana saya nak cari jodoh? Sekiranya anda tahu macam mana, mungkin anda boleh tolong memperkenalkan seseorang bagi saya.

Solat hajat dan Doa
Salah satu cara untuk mendapatkan jodoh adalah solat hajat dan doa. InsyaAllah, saya akan mendirikan solat hajat untuk meminta dipermudahkan rezeki jodoh saya dan kami dapat berkahwin pada tahun ini.

Kawan saya pernah ajar, kalau ada sesuatu permintaan, karang satu doa dan baca doa tersebut 30 kali sehari. InsyaAllah akan termakbul. Rasanya saya sudah nak mula buat macam tu. Sebahagian daripada doa itu, saya akan selitkan doa di bawah ni.

DoaBertemuJodohUtkWanita

Kepada semua pembaca blog cikguzamrud.com, doakan saya untuk bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh pada tahun ini. Saya bukan seorang yang memilih sangat, tapi apa yang boleh pasti adalah saya tak nak kahwin dengan suami orang lain. Saya tak nak kahwin dengan duda dan saya tak nak kahwin dengan playboy juga.

Delete Candy Crash Saga

Perkara kedua dalam Wish List saya adalah memadam aplikasi permainan Candy Crash Saga daripada smart phone. Rasanya selagi saya tak delete Candy Crash, otak saya sentiasa teringat mainan ini. Sebelum tidur main Candy Crash, bangun pagi main Candy Crash, tengok tv main Candy Crash, malah semasa surfing internet pun main Candy Crash.

candy crash saga
candy crash saga

Mula-mula main permainan ini, rasa macam senang sangat, kemudian menyeronokkan, selepas itu ketagih. Sampai satu tahap, main permainan ini sebab ego tercabar. Iyalah, susah sangat nak menang walaupun satu level.

Bukan setakat Candy Crash Saga saya delete, malah semua jenis permainan yang telah diinstall dalam smart phone telah dipadamkan kecuali permainan Pou. Kenapa???? Nanti kalau saya nak berebut tv dengan anak buah, boleh la saya bagi mereka main Pou. Baru la dapat saya tengok tv. Kalau tak, jangan harap la dapat tengok tv cerita saya. Tengok kartun channel 613 dan 615 je la.

KAEDAH DELETE CANDY CRASH SAGA

  1. Pertama, sambungkan hset dengan wifi.
  2. Kemudian, klik Play Store (bagi pengguna android)
  3. Seterusnya, search dan klik Candy Crash Saga.
  4. Akhirnya, cari butang Uninstall, dan klik butang tersebut.
  5. Dah selesai.

Kaedah ini juga sesuai untuk memadam semua jenis permainan dan aplikasi daripada smart phone anda.

Membuka Akaun Twitter

Wish list saya yang ketiga adalah membuka akaun Twitter. Daripada pemantauan saya, setiap blog mesti ada page Facebook dan akaun Twitter. Kalau tak ada gabungan dua media sosial ini, macam tak lengkap je blog tersebut.

AKAUN TWITTER
Saya telah membuka akau Twitter pada 7 Januari 2014. Sehingga 20 Januari 2014, hanya ada seorang saja yang mengikuti akaun twitter ini. Sedih la jugak. Tapi redha je la. Saya tak tahu langsung tentang Twitter. Tapi saya harap dengan membuka akaun twitter, saya dapat mengetahui dan merasai sendiri kelebihan Twitter.

twitter
twitter

The 29 List of Zamrud adalah senarai hajat yang ingin dicapai dan dimiliki oleh Cikgu Zamrud sempena ulang tahun ke-29 ~~ Yupp, Saya sudah berumur 29 tahun.

Baca juga:

Leave a Comment