free
hit counter

Yang Di Luar Negara Dikecohkan, Yang Ada Depan Mata Bagaimana?

Okey, Okey. Seorang pelajar cemerlang akademik dikatakan telah berubah penampilannya menjadi lebih seksi, hot dan dikatakan telah terkena kejutan budaya.

Kecoh dari Selat Melaka sehingga ke Laut China Selatan dan berlakunya tetap di dunia internet Malaysia. Dah seminggu lebih cerita ‘hot’ ini mengisi ruang Facebook dan Twitter aku, tunggu lama sikit baru nak respon. Haha.

shocking baby by belsaprojecteh! cerita panas ni! gempar satu dunia internet.

Pertama, aku menganggap berita ini boleh menjadi tanda tanya kebenaran dan kepastiannya. Sebabnya mudah, ia adalah dari internet yang kau tak nampak dan kau tak boleh nak pastikan sama ada sumber berita ini adalah benar dan boleh dipercayai.

Kedua, profile yang dikatakan sebagai pelajar itu bila aku tengok timeline awal-awalnya tak pula disebut mengenai latar belakangnya. Mungkin sebab aku tak add friend lagi kot di Facebook. Hehehe. Sama ada profile Facebook itu benar atau palsu,siapa tahu?

“Eh, dah kalau tulisan kat internet tak boleh dipercaya, entri kat blog ni pun tak boleh pakai lah ya?”

Hmm. Hmm. Entri ini hanya pendapat saya sahaja, pendapat semua orang berhak terima atau menolak.

Tapi bukan itu point utamanya. Melihat isu ini ramai yang membuat entri bagi menyebarkan dan menghebahkan kepada semua pengguna internet ‘sikap buruk’ individu terbabit.

“menghabiskan duit biasiswa saja untuk hantar pergi belajar di negara barat”
“belajar tinggi-tinggi tapi akal cetek”
“inilah akibat terpengaruh dengan budaya barat dan otak sudah mula jadi rosak”

Fuh,bukan main lagi! Baik yang komen ataupun yang buat entri, sungguh ramai yang tiba-tiba menjadi ‘keyboard warrior’. Baguslah, at least ada nilai baik dalam diri mereka inginkan perubahan keatas individu terbabit. Ada juga yang mendoakan agar insan tersebut kembali semula ke jalan yang diredhaiNYA. Yang mendoakan tu,syukurlah. Cuma kalau nak kritik dengan kata-kata yang beremosi dan kurang sopan, itu memalukan diri sendiri saja. Mengaibkan orang pun dah satu hal. Tapi kenapa kecoh sangat? Sebab individu yang terlibat dahulunya famous?

Tengok balik tajuk entri, baru-baru ni aku lihat isu pelajar-pelajar di luar negara ( tak semua ) yang dikatakan berubah atau hilang nilai ketimurannya dijadikan headline dan isu panas, tapi bagaimana dengan rakan-rakan kita yang duduk sebilik, duduk sekelas, makan bersama-sama, tidur tak sekatil tak sebantal yang terkena kejutan budaya? Ada je kan kalau kat kampus anda, kamu dan kamu rakan-rakan yang bermasalah dari segi sikap,sahsiah mahupun pelajarannya. Rasanya pelajar kampus yang bermasalah di dalam negara lebih ramai berbanding yang di luar negara. Sejauh mana kisahnya kita?

*ayat tegur diri sendiri gak ni,”sejauh mana kisahnya kita”

Bukanlah nak kata tak perlu nak amik tahu hal orang kat luar negara semuanya, cuma amik tahu kita ni kebanyakannya ambil tahu yang mengaibkan, menyalahkan terus individu tersebut dan buat konklusi sendiri.

Yang kat sekeliling kita ni kadang-kadang lagi teruk kejutan budayanya,bagaimana kita nak bantu. Yang kat luar negara of course lah nak tolong cara bagaimana?

Buat entri kat blog hentam itu ini? Penatlah baca cerita-cerita negatif macam tu. Kisahkan dulu rakan-rakan kita yang sama-sama kita bangun jatuh, tolong kita dan kalau mereka bermasalah kita bantu selagi yang boleh.

Bantu dari segi pendapat, nasihat atau apa saja ikut kemampuan kita. Generasi muda itu orang selalu sebut sebagai pencorak masa depan negara.

Pendapat aku lagi, offtopic sikit kot. Untuk keluarga yang anaknya berpeluang belajar ke luar negara isu seperti ini tak boleh dijadikan satu penamat dan kata putus untuk..

“Ayah tak izinkan kau belajar kat oversea tu,nanti jadi macam #### tak pun #### terpengaruh dengan budaya barat”

Isu kejutan budaya itu risiko dimana-mana akan berlaku. Aku melihat pergi ke luar negara satu peluang untuk kita melihat negara orang, kenali masyarakat luar dan ia sesuatu yang tak boleh dilepaskan.

Mungkin sebab aku suka berjalan-jalan, jadi ke negara orang sesuatu yang membuka minda. Beri mereka peluang cuma didikan jati diri itu biasanya bermula dari rumah sendiri.

Buat yang belajar di luar negara, tak semuanya teruk tak semuanya gagal. Ada yang tetap berjaya dalam bidang masing-masing seperti insan A mahupun seorang classmate sekolah aku yang sekarang ni study Dentistry kat luar negara.

Doubt by panduka56“kalau nak ke tempat jauh penting untuk jaga diri, jaga hati dan ingat asal usul tempat sendiri”

‘Ambil berat’ untuk perkara yang jauh,lihat juga perkara-perkara yang dekat dengan kita. Bantu la dulu rakan-rakan yang depan mata ni apa yang boleh. Dan lagi satu, ini internet lah tulisan sapa-sapa pun boleh cerita tetapi kebenarannya kau tahu setakat mana? Jom fikir-fikirkan bersama.

Baca juga: Menziarahi Masjid Nabawi 17 Tahun Lalu

Leave a Comment