Cikgu Zamrud

Menu
  • Internet
  • Isu Umum
  • Kehidupan
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Makanan
  • Motivasi
  • Pendidikan
  • Percutian
  • Sukan

Keistimewaan dan Manfaat Buah Kantor(Buah Kabung)

Buah kontor(Arenga pinnata) adalah salah satu dessert berbuka puasa yang amat popular di Kuala Kangsar. Di bulan Ramadan, boleh anda dapati buah ini dijual di banyak tempat. Tetapi setelah berakhirnya Ramadan, buah ini macam akan hilang sendiri dan sukar dijumpai lagi.

buah kantor

buah kantor

Rasa buah ini adalah manis kerana ia direbus dengan air gula dan mempunyai tekstur seperti jelly. Selain daripada ia boleh menyejukkan badan, buah ini dikatakan dapat mengubati sakit lulut juga.

Tetapi, setakat mana kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan. Di tempat lain, buah ini juga dikenali sebagai buah kabung atau buah enau.

buah kantor 2

Untuk pengetahuan anda, buah kantor adalah sejenis buah yang diperolehi daripada pokok kabung. Ia adalah amat sukar untuk memperoleh buah ini kerana jika nak dapat buah ini, seseorang perlu memanjat pokok kantor yang mempunyai ketinggian yang amat tinggi. Kemudian, buah itu perlu dikopek atau dikupas satu-satu untuk mendapat isinya.

pokok kabung

Arenga pinnata (pokok kabung/Pokok Enau)

Daun buah kantor boleh dimasak dan minum.

Tunas kuku, yang dikenali sebagai ‘jantung sawit’ kadang-kadang digunakan dalam makanan. Ia boleh dimakan mentah dalam salad atau dimasak sebagai sayuran. Mengeluarkan tunas ini akan mengakibatkan kematian tumbuhan, kerana lepas tunas dikeluarkan, ia tidak dapat menghasilkan pucuk sampingan lagi.

Pokok kabung adalah sejenis pokok palma yang tumbuh liar di dalam hutan. Dulu, pokok ini tumbuh di tepi sawah padi tetapi disebabkan saiz pokok yang sangat besar, kebanyakkan pokok ini telah ditebang. Di dalam tandan pokok kabung terdapat sejenis cecair yang dipanggil nira. Air nira ini dimasak untuk dijadikan gula kabung.

gula kabung

gula kabung

Gula kabung mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding gula putih. Tetapi gula kabung lebih sihat kerana diproses tanpa menggunakan bahan kimia seperti pemutih. Malah, karbohidrat dalam gula kabung lebih mudah diserap oleh badan berbanding gula putih.

Gantian Kepada Susu

Sekiranya anda mempunyai alahan kepada susu dan anda tidak dapat minum susu, boleh anda gantikan dengan makan buah kabung sebab buah ini mengandungi nutrisi kalsium yang tinggi. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk menguatkan tulang kita.

Buah kantor yang merupakan pemanis mulut yang popular semasa bulan puasa

Proses Yang Perlu Dilakukan

Selepas dapatkan buah ini, anda perlu bakar dan rebusnya untuk menghasilkan buah buah yang anda nak.

Proses pembakaran boleh mengambil 30 minit atau lebih untuk melembutkan kulit buah itu.

Selepas kulit buah ini sudah jadi lembut, maka boleh anda kopeknya sekarang. Lepas kopek, anda perlu rebus semua buah sampai mereka jadi lembut.

Dengan itu sudahlah siap sedia buah ini untuk dimakan. Ia khususnya lebih enak untuk makan jika anda campurnya dengna ais.

Manfaat buah kantor untuk kesihatan anda

Memudahkan penghadaman

Buah ini kaya dengan serat di mana seratnya sangat baik untuk penghadaman dan ia dapat membantu badan kita untuk mengeluarkan sisa yang tidak lagi diperlukan.

Selain daripada tu, buah kantor juga mengandungi karbohidrat yang dapat memberikan rasa kenyang dan memberikan tenaga kepada badan kita. Jadi sudah tentu ia adalah sangat baik untuk program pemakanan sihat anda buat masa yang panjang.

Rawat artritis

Karbohidrat yang terkandung dalam buah kantor secara umum adalah galaktomannan, di mana bahan tersebut sering digunakan sebagai ubat asas untuk merawat penyakit artritis. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang dipersendian.

Bagi pesakit yang mempunyai artritis, mengambil 100-200 gram buah kantor tanpa gula dan pewarna sehari adalah sangat disyorkan untuk membantu merawat keradangan di sendi.

Mencegah osteoporosis

Selain daripada kekayaan serat dan karbohidrat, buah kantor juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi. Untuk 100 gram buah kantor, ia mengandungi 91 miligram kalsium. Jadi ia sangat sesuai untuk memenuhi keperluan kalsium bagi seseorang. Terutama bagi mereka yang alah kepada susu.

Rawatan untuk badan gatal

Buah kantor yang belum diproses juga mempunyai potensi untuk menjadi ubat. Anda boleh mengambil sedikit titisan dari buah kantor dan sapu pada badan yang gatal. Ia sudah terbukti untuk merawat badan gatal-gatal yang cukup berkesan.

Anti Penuaan

Satu kajian baru yang diterbitkan dalam Pharmacognosy Research menilai kemampuan galactomannan untuk menghalang tyrosinase pada tahap sel dan enzim sebagai tambahan kepada aktiviti antioksidan dan anti-penuaan untuk buah ini.

Aktiviti antioksidan yang ada pada buah itu adalah penting kerana ia menangkis kesan radikal bebas yang mengganggu sel, protein dan DNA.

Kerosakan ini dapat dilihat dalam bentuk kedut dan kulit yang rosak.

Sifat anti-penuaan adalah penting kerana pendedahan kepada matahari adalah punca utama penuaan kulit pramatang. Kerosakan ini disebabkan oleh pengeluaran gen, MMP-1 dan MMP-13, yang menghasilkan enzim yang dikenali sebagai kolagenases. Enzim-enzim ini memecah rangkaian kolagen kulit, sekali lagi menyebabkan kerosakan dan penuaan.

Rujukan: Cosmeceutical Effects of Galactomannan Fraction from Arenga pinnata Fruits In vitro.

Baca juga: Makanan Yang Tinggi Dengan Potassium

Share
Tweet
Google+
Pinterest
Linkedin
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Badan BMI
Tentu ramai di kalangan pembaca yang mencari maklumat dan ingin …

Dapatkan BMI Ideal Dengan Tips Bakar Lemak Pantas

menderma darah
Pengalaman kali pertama saya derma darah ni istimewa sedikit. Tapi …

Darah O: Pengalaman Derma Darah Kali Pertama

About The Author

zamrud

Leave a Reply

Cancel reply

Recent Posts

  • Kepandaian Emosi dan Cara Mudah Tarik Perasaan Gembira
  • Wang Tidak Dituntut – Adakah Ia Punya Anda?
  • Reload dan Semak Baki Dengan Touch ‘n Go Online
  • 5 Cara Elak Suami Dirampas Orang
  • 7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Navigate

  • Penafian
  • Tentang Kami
  • Hubung Kami
  • Sitemap

Cikgu Zamrud

Pengalaman yang tidak dapat dilupai dengan jejak kehidupan sampai ke hari ini
Copyright © 2019 Cikgu Zamrud

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh