free
hit counter

Tips Minum 8 Gelas Air Sehari dan Diet Di Bulan Ramadan

Air adalah sangat penting demi kesihatan pada tubuh badan untuk semua orang. Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari.

Untuk melancarkan sistem tubuh badan kita dengan sempurna, jadi bila tiba bulan puasa memang susah bagi keramaian orang untuk mengamalkan untuk minum 8 gelas air setiap hari.

Ada orang yang mengadu bahawa bila mereka minum dengan air yang banyak, perut mereka kembung sampai macam keseluruhan perut dah penuh dengan air seperti tangki. Maka, untuk mengatasi masalah ini, berikut adalah cara untuk minum 8 gelas air sehari di bulan ramadan yang boleh anda amalkan.

air kosong

  1. Minum satu gelas air selepas anda bangun untuk bersahur.
  2. Minum satu gelas air selepas makan sahur.
  3. Minum satu gelas air selepas Azan waktu berbuka.
  4. Minum satu gelas air selepas Solat Magrib.
  5. Minum satu gelas air selepas makan berbuka.
  6. Minum satu gelas air selepas Solat Insyak.
  7. Minum satu gelas air selepas Solat Terawih.
  8. Minum lagi satu gelas air sebelum pergi tidur.

Tahniah diucapkan sekiranya anda dapat lengkapkan cara-cara yang diberikan di atas untuk minum 8 gelas air sehari. Bukan susah untuk anda lakukan sebenarnya jika anda sudah jadinya satu habit yang biasa dalam kehidupan anda.

Anda tidak perlu risau lagi kalau anda dapat minum air dengan mengikut jadual waktu yang betul dan sesuai seperti yang ditunjukkan di atas.

Pastinya anda mampu untuk minum 8 gelas air sehari. Sambil menjalankan Ibadah Puasa sambil menjaga tubuh badan kita. Bukankah ini satu perkara yang baik untuk kita lakukan?

Tapi Ingat! anda perlu minum air kosong dan bukan air bandung, air khatira dan sebagainya.

tips minum air banyak
tips minum air banyak

Tips Berdiet Ketika Musim Raya

Ramai orang yang telah mengambil kesempatan untuk berdiet dan menurunkan berat badan di bulan Ramadhan. Namun bila tibanya raya, kebanyakkan antara daripada kita akan gagal untuk mengawal nafsu makan.

Dan akhirnya berat badan yang berjaya diturunkan ketika sebulan berpuasa meningkat semula ketika raya. Ini baru beberapa hari raya, berat dah meningkat beberapa kilogram. Kalau sampai penghujung bulan Syawal, agaknya berapa kilo akan bertambah atas badan kita?

Tapi takkan sebab nak berdiet kita terus elak dari merapatkan silaturrahim sesama sanak saudara dan sahabat handai. Takkan nak mengelak dari amalan kunjung mengunjung kan.

Boleh sahaja menghadiri berpuluh-puluh rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan tetapi pastikan anda tetap mengamalkan diet yang sihat. Caranya mudah sahaja, anda cuba perlu ikuti Tips Berdiet Ketika Musim Raya yang dikongsikan dibawah ini.

1. Elak Dari Mengambil Terlalu Banyak Makanan Bergoreng

Ketika memilih makanan, elak dari mengambil terlalu banyak makanan yang bergoreng. Ini kerana kadar lemak dari minyak yang digunakan untuk menggoreng akan meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain daripada menggemukkan badan kita, kadar kolestrol yang tinggi juga boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.  Antara penyakit yang disebabkan oleh kadar kolesterol yang tinggi termasuk hipertensi, serangan jantung dan kanser.

2. Kurangkan Pengambilan Makanan dan Minuman Bergula

Seperti kita sedia maklum, terlalu banyak mengambil makanan dan minuman yang manis memang tidak elok untuk kesihatan. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula selain menggemukan juga menjadi punca utama penyakit kencing manis.

3. Pengambilan Karbohidrat Kompleks

Karbohidrat kompleks bermaksud karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat. Ia membantu menstabilkan pelepasan gula dalam darah. Antara jenis makanan yang tinggi dengan kandungan karbohidrat kompleks adalah seperti kentang, roti gandum dan beras perang.

Pengambilan makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks dapat membantu tubuh kekal langsing kerana ia tidak akan disimpan sebagai lemak dan sebaliknya membekalkan tenaga untuk badan.

4. Kurangkan Pengambilan Makanan Berlemak

Anda boleh sahaja menjamah pelbagai jenis makanan di setiap rumah terbuka yang anda hadiri tetapi pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan yang berlemak. Lebihkan hidangan lain yang menyihatkan dan ambil sedikit sahaja makanan yang berlemak.

5. Makanan Berprotein

Makanan berprotein seperti ayam dan daging perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan badan mendapat sumber protein yang diperlukan tetapi pastikan ianya dimasak secara yang sihat seperti dibakar, dipanggang atau dikukus tanpa penggunaan lemak yang berlebihan.

6. Lebihkan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu membersihkan usus dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Amalkan memakan buah-buahan sebelum anda menjamah hidangan yang lebih berat seperti nasi dan lauk pauk yang lain.

Vitamin dan mineral dari buah tersebut akan membantu proses pencernaan dan pengolahan sumber tenaga dari makanan yang bakal anda makan.

sayur dan buah-buahan
sayur dan buah-buahan

Rajin-rajinlah mengamalkan Tips Berdiet Ketika Musim Raya ini untuk mengekalkan berat badan idaman anda.

Baca juga: Gejala dan Cara Mengatasi Period Pain (PMS)

Leave a Comment